Pewarna yang terkandung dalam air buangan industri tekstil merupakan bahan pencemar yang menyebabkan pencemaran alam sekitar paling ketara kerana ianya mengandungi bahan toksik yang menghalang penembusan cahaya dan merosakkan kualiti sumber air. Titik tumpuan kajian ini adalah untuk sintesis karbon teraktif (AC) berasaskan batang lengkuas (AGSAC) bagi penyingkiran pewarna metilena blue (MB) daripada larutan berair dengan menggunakan penyinaran gelombang mikro di bawah pengaliran karbon dioksida (CO2). Tindak balas masa hubungan (dari 0 hingga 24 jam) dan kepekatan awal (25 mg/L - 300 mg/L) pada prestasi penjerapan AGSAC dikaji. Keadaan optimum untuk penyediaan AGSAC masing-masing ditemui pada kuasa radiasi 400 W dan masa pengaktifan 4 minit dengan menggunakan metodologi permukaan sambutan (RSM), yang menghasilkan 95.67% penyingkiran pewarna MB. AGSAC yang dioptimumkan mempunyai luas permukaan Bruneaur-Emmet-Teller (BET) adalah 172.19 m2/g, permukaan liang meso adalah 103.32 m2/g, isipadu liang adalah 0.1077 cm3/g dan kandungan karbon tetap adalah 47.63%. Liang AGSAC adalah sejenis liang meso dengan diameter liang sebanyak 2.50 nm. Model Freundlich dan model psudo tertib kedua masing-masing telah didapati sebagai model terbaik untuk data keseimbangan penyerapan MB dan data kinetik ke atas AGSAC. Kepekatan pewarna awal yang tinggi didapati meningkatkan kadar penyebaran antara zarah disebabkan peningkatan daya penggerak.
_______________________________________________________________________________________________________
Dyes contained in textile industrial wastewaters can cause the most deliberate environmental problems because it impedes light penetration and damage the water quality of the receiving streams. The focal point of this study is to synthesis activated carbon (AC) derived from Alpinia Galanga Stem (AGS) based activated carbon for the removal of methylene blue (MB) dye from aqueous solution, AGSAC was prepared by applying microwave irradiation under the flow of carbon dioxide (CO2) gasification. The factors of contact time (from 0 to 24 hours) and initial concentration (25 mg/L-300 mg/L) on the adsorption performance of AGSAC were studied. Optimum preparation conditions for AGSAC were found at 400 W of radiation power and 4 minutes activation time respectively by using response surface methodology (RSM), which resulted in 95.67% of MB dye removal. The optimized AGSAC has Bruneaur-Emmet-Teller (BET) surface area of 172.19 m2/g, mesopore surface area of 103.32 m2/g, total pore volume of 0.1077 cm3/g and fixed carbon content of 47.63%. The pore diameter of AGSAC was found to be mesoporous type with pore diameter of 2.50 nm. Freundlich isotherm and pseudo-second-order were found as the best fitted model for MB adsorption equilibrium and kinetic respectively onto prepared AGSAC. Intraparticle diffusion rate increased with increasing high initial concentrations due to the driving force motion increased.