(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Chemical Engineering >

Effect of mixing of curcumin particles precipitation

Effect of mixing of curcumin particles precipitation / Zainal Hafizi Rosli
Sifat fizikal curcumin yang mempunyai keterlarutan yang kurang baik dalam air, separuh-hayat yang cepat dan bioavailabiliti yang rendah boleh diperbaiki dengan mengurangkan saiz zarah. Bagi tujuan ini, pemendakan penyejatan nano-suspensi bagi sistem curcumin-etanol-air telah digunakan dan kesan pencampuran berasaskan kacauan dan pencampuran berasaskan ultrasound terhadap sifat fizikal zarah curcumin telah dikaji. Bagi pencampuran berasaskan kacauan, ianya telah didapati bahawa kelajuan kacauan mempengaruhi saiz zarah. Daripada imej-imej mikroskop imbasan elektron, ianya telah ditentukan bahawa purata saiz zarah curcumin terkecil boleh dicapai pada 700 rpm. Saiz zarah adalah kira-kira 7.28 μm, lebih kecil daripada saiz curcumin komersial iaitu bersaiz 8.88 μm. Manakala untuk pencampuran berasaskan ultrasonic, saiz zarah yang paling kecil telah dicapai selepas 10 min di bawah kesan ultrasonik dengan purata saiz zarah sebanyak 2.25 μm . Keterlarutan zarah curcumin yang dihasilkan bagi kedua-dua keadaan pencampuran adalah lebih tinggi daripada curcumin komersial. Tambahan pula, analisis imbasan pembezaan kalorimetri mencadangkan penghabluran lebih rendah bagi zarah curcumin yang dihasilkan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pencampuran semasa EPN dijalankan adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan apabila menghasilkan zarah curcumin yang bersaiz lebih kecil daripada curcumin komersial. Tambahan pula, persediaan eksperimen yang mudah telah digunakan dalam kajian ini dan ianya menunjukkan potensi yang baik untuk digunakan dalam penyelidikan penghasilan zarah bersaiz micro. _______________________________________________________________________________________________________ The poor water solubility, short halflife and low bioavailability of curcumin could be improved by reducing the particle size. For this purpose, evaporative precipitation of nanosuspension (EPN) of curcumin-ethanol-water system has been utilized and the effect of stirring-based and ultrasound-based mixing on the physical properties of curcumin particles were studied. Under stirring-based mixing, it was found that the stirring speed influenced the particle size. From scanning electron microscope images, it was determined that the smallest average particle size of curcumin could be achieved at 700 rpm. The particle size was about 7.28 μm, smaller than the size of commercial curcumin which was 8.88 μm. As for ultrasound-based mixing, the smallest particle size was achieved after 10 min of sonication with average particle size being 2.25 μm. The solubility of the curcumin particles fabricated under both mixing conditions were significantly higher than commercial curcumin. Furthermore, differential scanning calorimetry studies suggested lower crystallinity of curcumin particles fabricated in this study. Overall, this study demonstrated that mixing during EPN is an important factor that should be considered when fabricating smaller sized curcumin particle from commercial curcumin. Furthermore, the simple experimental setup used in this study showed good potential to be used for the preparation of curcumin microparticle.
Contributor(s):
Zainal Hafizi Rosli - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875005398
Language:
English
Subject Keywords:
solubility; curcumin; nanosuspension
First presented to the public:
6/1/2014
Original Publication Date:
8/13/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Chemical Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 53
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-08-13 12:46:35.462
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Effect of mixing of curcumin particles precipitation1 2020-08-13 12:46:35.462