Sistem Kawalan Blimp Mudah (SBCS) yang dilengkapi dengan kamera adalah
satu kaedah yang sesuai untuk menjalankan pengawasan pada altitud rendah,
pemerhatian, serta pemantauan secara langsung. Pengawasan memerlukan satu platform
yang stabil bagi menjamin kualiti imej dan video yang ditangkap. Dalam SBCS, gas
helium menghasilkan kuasa pengapungan untuk mengangkat Blimp ke altitud yang
dikehendaki. SBCS direka berdasarkan reka bentuk kapal udara tak konvensional iaitu
reka bentuk dua sampul. Rekabentuk SBCS telah dibahagikan kepada beberapa
bahagian. Ia adalah termasuk rekabentuk sampul blimp, rekabentuk gondola, rekabentuk
kawalan pergerakan mekanisme. Bagi kawalan pergerakan, SBCS dibahagikan kepada
kawalan manual dan kawalan automatik. Kawalan manual adalah satu sistem kawalan
gelung terbuka untuk mengawal pergerakan blimp dengan menerima isyarat kawalan
dari komputer tanpa isyarat maklum balas. Kawalan automatik adalah sistem kawalan
gelung tertutup yang mengawal ketinggian dan hala tuju blimp dengan menggunakan
sensor-sensor maklum balas. Untuk tujuan pengawasan, satu kamera tanpa wayar
dipasang pada blimp untuk menangkap imej dan video. Video yang ditangkap akan
dihantar ke komputer untuk pemantauan secara langsung. Video ini juga boleh direkod
dan disimpan ke dalam komputer. Perisian SolidWorks digunakan untuk mereka bentuk
struktur SBCS. Semua operasi dalam SBCS dikawal oleh PIC yang diatucara dengan
menggunakan perisian MPLab. SBCS berjaya mencapai kestabilan yang tinggi dan
navigasi yang tepat untuk memastikan kesan pengawasan yang dikehendaki dapat
dicapai.
_______________________________________________________________________________________________________
Simple Blimp Control System (SBCS) with camera is an appropriate method for
conducts low altitude surveillance, observation, as well as real time monitoring.
Surveillance requires a stable platform to guarantee for the quality of captured images
and videos. In SBCS, helium gas provides buoyancy force to lift the blimp to a desired
altitude. SBCS is designed based on unconventional blimp design, which is double
envelope design. The design of SBCS is separate into few parts. They include design of
blimp envelope, design of gondola, design of motion control mechanism. For the
motion control, the SBCS is divided into manual control and automatic control. Manual
control is an open-loop control system, which directly receiving control signal from
computer without any feedback signals. Automatic control is a closed-loop control
system, which controls the altitude and heading direction of the blimp by using
feedback sensors. For surveillance purpose, a wireless camera is installed on the blimp
to capture images and videos. The live video will be fed to the computer for real time
monitoring. The video also can be recorded and saved into computer. SolidWorks
software is used to design the structural of SBCS. All the operations of SBCS are
controlled by Peripheral Interface Controller (PIC), which is programmed by using
MPLab software. The developed SBCS achieved high stability and accurate navigation
to ensure the desired surveillance effect is achieved.