Kenderaan digunakan sebagai pengangkutan samada manusia ataupun barang ke seluruh
dunia. Kebanyakkannya mengunakan enjin pembakaran dalaman. Enjin merubah
satu bentuk tenaga kepada satu bentuk yang lain melalui pembakaran. Nisbah udaraminyak
sangat penting untuk memastikan pembakaran penuh untuk mengurangkan
jumlah pencemar di dalam pelepasan ekzos. Prestasi sistem kenderaan berbeza bergantung
kepada tujuan tertentu. Oleh itu, prestasi sistem dikesan dan diawasi melalui
pemprosesan isyarat. Isyarat datang dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk
menyiasat perilaku ataupun kejadian sesuatu fenomena, atau diubah untuk membawa
informasi. Aktiviti pemprosesan isyarat selalu dibuat dalam bentuk litar elektrik
ataupun algoritma. Isyarat mengandungi banyak gangguan yang tidak diingini dimana
akan membuat isyarat hilang atau terganggu. Penapis digunakan untuk mengurangkan
gangguan tersebut. Penapis digital adalah sistem yang melakukan operasi matematik
pada sampel , isyarat masa diskret dan penapis analog menggunakan litar elektrik pada
isyarat analog masa berterusan. Penapis digital bersama pemprosesan isyarat digunakan
sekarang dalam sistem teknologi dan infromasi yang baru serta digunakan dalam
bidang dan aplikasi berbeza. Projek ini mengunakan penapis susunan pertama laluan
rendah ke dalam sistem bagi menapis gangguan. Sensor oksigen memberikan isyarat
daripada enjin yang didapati melalui osiloskop. Isyarat ditapis, disemak dan dibanding
untuk menentukan penapis terbaik. Kebakaran macet disebabkan oleh sistem suntikan
bahan api yang dikawal oleh pengawal mikro dianalisa dan peratus kebakaran macet
dikira untuk semua frekuensi potong. Keberkesanan penapis digital ditentukan melalui
nilai nisbah puncak isyarat gangguan yang selalu digunakan untuk pemprosesan
gambar membuatkan ia kurang dipercayai.
_______________________________________________________________________________________________________
Vehicles are used as means of transportation for bringing people or merchandises
to any places in the world. It’s mostly uses internal combustion engines. Engine transform
one form of energy into another form through combustion. Air-fuel ratio is important
to ensure complete combustion and reduce the amount of pollutant in the exhaust
emission. The system performance of the vehicles differ depends on its specific purposes.
Hence, the system performance is tracked and monitored via signal processing.
Signal comes in many form and is used to investigate the behavior or nature of a phenomenon,
or it is synthesized to transport information. Signal processing activities are
often implemented in the form of an electrical circuit or an algorithm. Signals contains
noise and unwanted disturbance which can result to signal loss and distortion. Filter is
used to reduce those disturbances. Digital filter is a system that performs mathematical
operations on a sampled, discrete-time signal and analog filter is an electronic circuit
operating on continuous-time analog signals. Digital filters, together with signal processing,
are being employed in the new technologies and information systems, and are
implemented in different areas and applications. This project implement first order low
pass filter into the system to filter out the noise. The oxygen sensor provides the signals
from the engine in which the signal is then acquired using oscilloscope. The signal is
filtered, reviewed and compared for the most effective filter. The misfire cause by the
fuel injection that is controlled by the microcontroller is analyzed and the percentage
of the misfire is calculated for all cut-off frequency. The effectiveness of the digital
filter is determined through the value of the peak signal to noise ratio (PSNR) which is
usually used for image processing making the value less reliable.