Kuantiti sisa pepejal semakin meningkat seiring dengan peningkatan
teknologi akibat penggunaan pembungkusan barangan, samada makanan
mahupun barangan lain seperti pakaian, barangan keperluan harian dan lainlain
lagi. Penjanaan sisa ini bukan sahaja menambahkan komposisi sisa pepejal
di tapak pelupusan malah ia juga turut menyumbang ke arah pelbagai kesan
negatif seperti pencemaran. Oleh yang demikian amalan kitar semula semakin
ditekankan untuk meminimumkan penjanaan sisa pepejal seterusnya
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kajian ini dilakukan untuk
memastikan tahap keberkesanan program kitar semula yang dijalankan di
sekitar daerah Kerian, Perak. Sebanyak 120 tan/hari sisa yang terhasil sekitar
daerah Kerian, Perak dengan populasi seramai 152,650 orang. Selain itu juga
kajian ini adalah untuk memastikan samada informasi yang disebarkan melalui
media masa sampai ke pengetahuan masyarakat dan setakat mana maklumat
tersebut dimanfaatkan serta tahap kesedaran mereka mengenai kepentingan
kitar semula dengan mendapatkan statistik kitar semula bagi daerah Kerian,
Perak. Hasil kajian mendapati amalan kitar semula di sekitar daerah Kerian,
Perak masih belum mencapai tahap yang dikehendaki walaupun maklumat
tentangnya didapati tersebar. Cadangan yang diberikan adalah menaikkan kadar
harga barangan kitar semula bagi menarik masyarakat menyertai program ini.
_______________________________________________________________________________________________________
Amount of solid waste is increasing hand in hand with increasing in
technologies due to the use of packaging items such as foods or others equipment like
cloths, daily requirement and so on. Generating of solid waste not only increases
composition of waste in landfill but it also contributes negative aspects such as
pollutions. Therefore recycling practice is given more priority to minimize the solid
waste and reduce the environment pollution. This study is to ensure the level of
effectiveness in recycling program that has been conducted in the district of Kerian,
Perak. Everyday, 120 tons of solid wastes are generated in Kerian, Perak with a
population 152,650. Besides this, this study is to see whether the information by the
media were convey to the community and to ensure community awareness about the
significance of recycling program by analyzing the statistics of recycle items in Kerian,
Perak. The result showed the recycle practicing is still not up to the required level even
the information were convey to the public is grade. Suggestion given by the respondent
is to increase the prices of recycle items to attract the community in joining the
program.