Kelajuan pejalan kaki dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut seperti ketumpatan pejalan kaki, lebar jalan, dan sudut jalan. Terdapat banyak kajian penyelidikan yang telah dilakukan untuk menganalisis dinamika pejalan kaki pada aliran satu hala di jalan-jalan yang bersudut. Walau bagaimanapun, kajian mengenai pergerakan pejalan kaki pada aliran dua hala di di jalan-jalan yang bersudut kurang ditekankan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan kelajuan berjalan pejalan kaki secara empirikal untuk aliran dua hala di jalan-jalan yang bersudut. Bagi eksperimen ini, 60 orang peserta ditugaskan untuk melakukan pelbagai tugas dalam berjalan kaki di jalan yang lurus, kerana halaju ini digunakan sebagai garis dasar dalam eksperimen ini sebelum para pejalan kaki diminta untuk melintasi sepanjang lebar yang berbeza (1.5m, 2.25m dan 3m) 90 °. Video telah ditangkap dengan menggunakan kamera GoPro dipasang di siling di Dewan Serbaguna, Univeristi Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan yang kemudiannya halaju pejalan kaki ditentukan dengan menjejaki trajektori mereka. Hasil keputusan eksperimen termasuk kelajuan berjalan pejalan kaki mengikut jantina, dan kesan sudut pada tingkah laku pejalan kaki dan penurunan kelajuan apabila menghampiri sudut jalan. Telah didapati bahawa kelajuan berjalan purata perempuan, adalah lebih tinggi dari purata kelajuan berjalan lelaki. Ia diperhatikan bahawa pejalan kaki cenderung berjalan lebih dekat ke sudut dalaman dan didapati pejalan kaki mengurangkan kelajuan mereka ketika menghampiri sudut. Hasilnya amat penting untuk mereka bentuk struktur pejalan kaki dan juga memberi manfaat kepada reka bentuk pelan tindak balas kecemasan.
_______________________________________________________________________________________________________
Pedestrian walking speed is influenced by the following factors such as density of pedestrian, width of walkway, and angle of walkway. There are many research studies that have been done to analyse the pedestrian dynamics on unidirectional pedestrian flows on angled-walkway. However, the study on the movement of crowds on bi-directional flow at the angled-walkway is relatively rare. Therefore, this study is conducted to determine empirically walking speed of pedestrian for bidirectional free flows at angled-walkway. For this experiment, 60 participants are assigned to perform various tasks in walking at straight walkway, as the velocity was used as a baseline to in this experiment before the pedestrians were asked to traverse along different widths (1.5m, 2.25m and 3m) of 90°angled-walkway. The videos have been captured using GoPro Camera mounted on the ceiling at Dewan Serbaguna, Univeristi Sains Malaysia, Engineering Campus which then the velocity of pedestrians was determined by tracking their trajectories. The result includes the walking speed by gender, and the effect of the corner on the behaviour of the pedestrians and their approaching speeds. It was found that that average walking speed of female, is higher than average walking speed of male. It was observed that pedestrian tend to walk closer to the inner corner and the pedestrian to reduce their speed when approaching the corner. The results are of particular importance for designing the structure especially walking at walkway and also beneficial for the design of an emergency response plan.