(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Simulation of automatic generation control for interconnected power system/Mohamad Abdul Hadi Mohd Nadzir

Simulation of automatic generation control for interconnected power system_Mohamad Abdul Hadi Mohd Nadzir_E3_2014_NI
Kestabilan di dalam sistem kuasa memainkan peranan yang penting pada masa kini. Tenaga yang di bekalkan dari loji jana kuasa perlu di kekalkan pada nilai yang di perlukan. Sistem penjanaan kuasa biasanya mempunyai bahagian kawalan yang akan mengawal frekuensi dan tenaga pada garis penyambung sebelum menghantar tenaga kepada pengguna. Ini adalah satu bahagian yang sangat penting kerana ia akan menentukan kepadanan kuasa yang akan memberi kesan kepada frekuensi pada sistem. Masalah keseimbangan kuasa dalam sistem tenaga dipanggil sebagai Kawalan Penjanaan Automatik atau Kawalan Beban Frekuensi. Objektif Kawalan Penjanaan Automatik dalam sistem penyambungan kuasa adalah untuk mengekalkan kestabilan frekuensi pada setiap kawasan dan membekalkan tenaga pada penyambung hampir dengan nilai normal. Kajian ini membabitkan sistem Kawalan Penjanaan Automatik untuk penyambungan sistem penjanaan haba dan hidro dalam kaedah berterusan mengambil kira kadar kekangan penjanaan dan turbin pemanasan semula. Prestasi sistem dikaji dengan meletakkan 1% langkah beban pengusikan di kawasan 1. Pendekatan yang menyeluruh bagi mengoptimumkan parameter pada alat kawalan I (KI), parameter pada alat kawalan PI (KP dan KI), dan parameter pada alat kawalan PID (KP, KI, dan KD) untuk dua sistem kawasan yang sama menggunakan teknik kamiran ralat kuasa dua (ISE) telah dijalankan di dalam ujikaji ini. Tindak balas dinamik dan prestasi pada alat kawalan I, PI dan PID dibandingkan pada dua sistem kawasan yang sama dengan mengambil kira langkah beban pengusikan di kawasan 1. Ujikaji mendedahkan bahawa alat kawalan PID memberikan tindak balas dinamik yang terbaik untuk dua kawasan yang mengunakan sistem kuasa haba-haba dan juga dua kawasan untuk sistem kuasa hidro-terma. ___________________________________________________________________________________ Stability consideration plays an important part of power system planning nowadays. The power supplied from the power plant has to be maintained at a nominal value to keep the power system under stable condition. The power generation systems normally have the area control area part that will control the frequency and the tie–line power before it transmits to the consumers. This is an important factor since it will prevent the mismatch in real power balance that will affect the frequency of the system. The problem of maintaining the real power balance in a power system is termed as Automatic Generation Control (AGC) or Load Frequency Control (LFC). The main objective of AGC in the interconnected power system is to maintain the frequency of each area and keep tie-line power close to the nominal value. This research studies the AGC of interconnected thermal and hydro power system in continuous mode, considering Generation Rate Constraints (GRC) and reheat turbine. The performances are simulated and examined with 1% Step Load Perturbation (SLP) in area 1. A comprehensive approach for optimizing Integral controller gain (KI), PI controller gains (KP and KI), and PID controller gains (KP, KI, and KD) for two equal area system using Integral Square Error (ISE) technique has been conducted. The dynamic responses and performances of Integral, PI, and PID controllers for two equal area power systems under step load perturbation are compared. Investigation results revealed that PID controller gave the best dynamic response for two-area thermal-thermal power system as well as for two-area hydro-thermal power system.
Contributor(s):
Mohamad Abdul Hadi Mohd Nadzir - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
power supplied ; power plant ; nominal value.
First presented to the public:
6/1/2014
Original Publication Date:
8/3/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 37
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-08-03 15:37:25.984
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Simulation of automatic generation control for interconnected power system/Mohamad Abdul Hadi Mohd Nadzir1 2020-08-03 15:37:25.984