Pengklorinan digunakan secara meluas sebagai kaedah pembasmian kuman di Malaysia yang bertujuan memastikan kualiti air minuman yang boleh diterima dan selamat. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa semasa proses pengklorinan, tindak balas antara klorin dan bahan organik semula jadi dalam sumber air boleh menyebabkan pembentukan trihalometana berpotensi (THMFP). Dalam kajian ini, faktor yang mempengaruhi pembentukan THMs seperti UV254, pH, dan terlarut karbon organik (DOC) telah dikaji. Eksperimen ini telah dijalankan terhadap dua sumber air yang berbeza iaitu air bawah tanah dan air permukaan. Sampel air bawah tanah diambil dari lubang jara, USM manakala sampel air permukaan diambil dari Loji rawatan air, Jalan Baru, Perak. Sodium hipoklorit digunakan sebagai disinfektan. Sampel air yang diklorinkan diuji pada pH 6, 7 dan 8 dan masa tindak balas 1 jam, 3 jam, 6 jam dan 24 jam. Selepas tempoh tindak balas selesai, julat kepekatan TTHM untuk air bawah tanah dan air permukaan diukur. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa pembentukan THM meningkat dengan peningkatan masa tindak balas. Selain daripada itu, kadar pembentukan THM adalah antara 7.7 μg / L kepada 49.4 μg / L untuk air bawah tanah manakala 13.8 μg / L kepada 40.3 μg / L untuk air permukaan. Kepekatan tertinggi TTHM ditemui pada pH 7 untuk kedua-dua sumber air.
_______________________________________________________________________________________________________
Chlorination is widely used as disinfection method in Malaysia which aim ensuring an acceptable and safe drinking water quality. However, studies conducted demonstrated that during chlorination process, the reaction between chlorine and natural organic matter in source waters may cause the formation of Trihalomethanes potential (THMFP).
In this study, factors influencing THM formation such as UV254, pH, and Dissolved organic carbon (DOC) was investigated. This experiment were conducted with two different water sources which are groundwater and surface water. The samples were taken from Borehole, USM and Jalan Baru WTP, Perak. Sodium hypochlorite were used as disinfectant. The water samples were chlorinated at different pH and contact time of 1 hr, 3 hrs, 6 hrs, and 24 hrs. After completed contact time, the range of TTHM concentration for groundwater and surface water were measured.
The results of this study have shown that THM formation increases with increasing contact time. Besides that, THM formation rates ranged between 7.7 μg/L to 49.4 μg/L for groundwater while 13.8 μg/L to 40.3 μg/L for surface water. The highest concentration of TTHM were fou