(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Chemical Engineering >

Emulsion liquid membrane stability and efficiency for cadmium removal using vegetable oils

Emulsion liquid membrane stability and efficiency for cadmium removal using vegetable oils / Meor Muhammad Hafiz Shah Buddin
Penggunaan Membran Cecair Emulsi (ELM) bagi pengekstrakan ion kadmium telah diuji. ELM terdiri daripada fasa dalaman dan membran yang membentuk emulsi W/O (air dalam minyak) utama yang diserak di fasa luaran. Bagi menerapkan pembangunan mampan, minyak sayuran yang merupakan pelarut mesra alam telah digunakan dalam formulasi ELM bagi menggantikan pelarut konvensional iaitu bahan kimia berasaskan petroleum. Kajian mengenai keserasian pelarut bersama pembawa (aliquat 336) dan surfaktan(Span 80). telah dijalankan untuk mengenalpasti potensinya bagi digunakan dalam formulasi ELM. Minyak jagung menunjukkan potensi yang memberangsangkan bagi digunakan sebagai pelarut untuk ELM. Fokus kajian adalah untuk menyiasat kestabilan emulsi iaitu, kepecahan membran dan pembengkakan emulsi. Kesan parameter formulasi emulsi telah dikaji untuk mengenalpasti formulasi emulsi terbaik dengan mengambil kira kestabilan emulsi dan juga kecekapannya dalam penyingkiran ion kadmium dari fasa luaran. Parameter yang terlibat ialah kepekatan pembawa dan surfaktan, masa emulsifikasi dan nisbah permulaan bagi isipadu W/O (air dalam minyak). Keputusan menunjukkan bahawa penggunaan 3 wt% Aliquat 336 dan juga Span 80, nisbah isipadu W/O pada 0.33 dan proses emulsifikasi selama 15 minit telah menghasilkan emulsi yang stabil dan penyingkiran ion kadmium yang maksimum. Formulasi yang digunakan ini telah merekodkan 0.05% kepecahan membran dan 34.10% pembengkakan emulsi. ELM yang dibangun juga telah berjaya menyingkirkan 98.20% ion kadmium dan setanding dengan ELM yang dibangunkan mengguna pelarut berasaskan petroleum. _______________________________________________________________________________________________________ The application of Emulsion Liquid Membrane (ELM) in the extraction of cadmium ions was explored. ELM consists of internal and membrane phase that form the primary W/O (water-in-oil) emulsion which to be dispersed in the external phase. In promoting sustainable development, vegetable oil which is environmentally benign diluent was incorporated in the formulation of ELM, replacing the hazardous conventional petroleum derivatives diluent. The oil’s potentialities to be used as diluent in ELM was confirmed via a compatibility study with the carrier (Aliquat 336) and surfactant (Span 80). It is learned that corn oil showed a promising potential to be employed as diluent in ELM formulation. This study focused on the investigation of emulsion stability, namely membrane breakage and emulsion swelling. The effect of emulsion formulation parameters of the vegetable oil based ELM were investigated to obtain its best formulation, by taking into consideration emulsion stability as well as its effectiveness for cadmium removal from the external phase. The parameters involved are carrier and surfactant concentration, emulsification time as well as initial W/O volume ratio. These parameters were found to affect the stability and efficiency of the ELM developed. Data obtained shows that a stable emulsion and maximum cadmium removal efficiency were achieved with the usage of 3 wt% Aliquat 336, 3 wt% Span 80, W/O volume ratio of 0.33 and 15 mins of emulsification. At this condition, 0.05 % and 34.10 % membrane breakage and emulsion swelling was recorded, respectively. The prepared ELM was found to effectively remove 98.20% cadmium ions, comparable to the ones developed using petroleum derivatives as diluent.
Contributor(s):
Meor Muhammad Hafiz Shah Buddin - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 
Language:
English
Subject Keywords:
(ELM); cadmium; (water-in-oil)
First presented to the public:
10/1/2015
Original Publication Date:
10/11/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Chemical Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 130
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-11-12 11:40:54.219
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Emulsion liquid membrane stability and efficiency for cadmium removal using vegetable oils1 2019-11-12 11:40:54.219