(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Emulator-dalam-litar (ice) untuk mikropengawal 8051 / Lee Khoon Kiah

Emulator-dalam-litar (ice) untuk mikropengawal 8051_Lee Khoon Kiah_E3_1992_NI
ICE-51 (8051 In-Circuit-Emulator) merupakan satu alat pembangunan dan 'debugging' bagi sistem yang berasaskan mikropengawal keluarga MCS-51. Projek ini dijalankan agar satu ICE-51 yang murah dan ringkas dapat dihasilkan. Segala pelaksanaan fungsinya boleh dikawal menerusi papan } kunci komputer dengan adanya perhubungan siri di antara sistem ini dengan komputer. Antara kemudahan yang didapati pada sistem ini ialah: memindahkan (download) suatu aturcara daripada komputer kepada ingatan ICE-51; pelaksanaan aturcara-terpindah di atas prototaip pengguna dalam tiga mod iaitu berterusan, titik-henti dan langkahtunggal; dan memaparkan kandungan-kandungan daftar fungsi khas (5F/?s) 'mikropengawal . Projek ini telah melibatkan 2 aspek yang penting iaitu perkakasan dan perisian. Bahagian perkakasan telah dibuat dengan menggunakan mikropengawal 8031 sebagai CPUnya. Perisian sistem pula boleh dibahagikan kepada bahasa penghimpun dan bahasa peringkat tinggi. Aturcara bahasa penghimpun MCS-51 telah dituliskan (burn-in) ke dalam ingatan aturcara sistem manakala bahasa peringkat tinggi C pula ditulis dengan tujuan untuk membina satu menu maklumat pada skrin monitor. Pada keseluruhannya/ projek ini dapat melakukan pelagakan (emulation) ke atas aturcara-aturcara pengguna yang ringkas.
Contributor(s):
Lee, Khoon Kiah - Author
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
ICE-51 (8051 In-Circuit-Emulator) merupakan satu alat pembangunan dan 'debugging' bagi sistem yang berasaskan mikropengawal keluarga MCS-51; memindahkan (download) suatu aturcara daripada komputer kepada ingatan ICE-51; pelaksanaan aturcara-terpindah di atas prototaip pengguna dalam tiga mod iaitu berterusan, titik-henti dan langkahtunggal; dan memaparkan kandungan-kandungan daftar fungsi khas (5F/?s) 'mikropengawal ; pelagakan (emulation) ke atas aturcara-aturcara pengguna yang ringkas.
First presented to the public:
3/1/1992
Original Publication Date:
5/8/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 145
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-05-08 16:28:40.159
Date Last Updated
2019-01-30 17:26:55.437
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Emulator-dalam-litar (ice) untuk mikropengawal 8051 / Lee Khoon Kiah1 2018-05-08 16:28:40.159