Projek ini merupakan pembinaan satu litar yang berupaya untuk mengukur perbezaan
fasa antara voitan dan arus . Litar pengukur sudut fasa ini mengukur perbezaan fasa
antara gelombang voitan dan gelombang arus yang diberikan oleli litar masukan . Voitan
keluaran yang diperolehi daripada litar pengukur sudut fasa ini adalah dalam bentuk
voitan analog dan akan diproses untuk menghasilkan bacaan beza sudut fasa yang sesuai
Dalam projek ini, terdapat tiga bahagian yang utama. Bahagian pertama merupakan litar
masukan yang memberikan masukan kepada litar utama . Bahagian kedua merupakan
litar utama iaitu litar pengukur sudut fasa yang akan memproses masukan untuk
mengukur beza fasa antara voitan dan arus . Manakala bahagian terakhir merupakan
bahagian memproses voitan keluaran daripada bentuk analog kepada bentuk digital.
Voitan digital ini akan diproses oleh mikropemproses dan di paparkan mengikut sudut
perbezaan fasa yang sepadan dengan nilai keluaran voitan analog yang diperolehi dari
litar pengukur sudut fasa.