Projek ini bertujuan untuk merekabentuk satu Sistem Penstoran
dan Pengeluaran Data Imej dengan menggunakan Sun SPARC Station 2.
Sistem ini berkeupayaan menstorkan imej yang ditangkap oieh video
^ camera ke dalam satu fail yang menggunakan format Sun Raster.
Bahagian penstoran data imej ini menggunakan VideoPix, X Window,
XView Toolkit dan Pixrect untuk membangunkan perisian yang
diperlukan. VideoPix mempunyai perkEikasan yang berfungsi untuk
menangkap sesuatu imej untuk disimpankan ke dalam ingatannya.
Kemudian, gabimgan perisian bagi X Window, XView Toolkit dan Pixrect
0 membolehkan imej tersebut dipaparkan pada laysur workstation dalam
satu tingkap yang khas dan seterusnya menyimpan data imej itu ke
dalam satu fail dengan format dan saiz yang dikehendaki. Bagi bahagian
pengeluaran data imej pula, INGRES / Windows4GL digunakan tmtuk
merekabentuk satu database pelajar yang dapat merekod dan memproses
data peribadi dan akademik pelajar termasuk data imej mereka.