Pengurusan air larian ribut adalah penting untuk memastikan kejadian yang tidak
diingini berlaku seperti banjir kilat. Memang diketahui umum bahawa bencana banjir
membawa pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar dan kerosakan harta benda,
nyawa dan sebagainya. Antara impak banjir ialah pencemaran, hakisan, kerosakan
pada struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan sistem saliran dan
kerencatan aktiviti ekonomi. Amalan pengurusan terbaik (BMPs) diperkenalkan untuk
mengurangkan aliran puncak hidrograf sebelum ia memasuki sistem sungai. Di
samping itu BMPs juga dapat mengurangkan banjir dan hakisan. Penulisan dimulakan
dengan memberi pengenalan tentang kajian yang dijalankan. Bab seterusnya
menerangkan kaedah yang terdapat dalam BMPs dari segi kebaikan serta rekabentuk
secara Ringkas. Selain itu juga langkah-langkah untuk pemilihan BMPs disertakan.
Bab ketiga pula lebih kepada penilaian secara kuantiti seperti sistem saliran terhadap
tapak kajian iaitu Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak. Bab Keempat pula
membincangkan sistem alternatif yang dicadangkan bagi kawasan tapak kajian.
Dalam bab ini, kaedah BMPs dibincangkan secara terperinci berpandukan kepada
Manual Baru Saliran Mesra Alam (MASMA, 2000). Bab terakhir pula merujuk
kepada rumusan dan kesimpulan keseluruhan kajian yang dilakukan di kawasan
Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak Darul Ridzuan.
_______________________________________________________________________________________________________
Urban stormwater management are important practice to manage and mitigate the
flood in urban areas. Flood disaster can effect the environment, socio-economic
public, damage property, life and etc. The disaster effect to the environment such as
pollution, erosion, damage to building/structure, property loss, damage to drainage
system damage and economy activity. Best management practices are introduced to
reduce peak flow hydrograph before stormwater flow to river system or receiving
water body. Besides that BMPs also can reduce flood disaster and erosion based on
control at source. This dissertation starts with the introduction on BMPs, where the
concept, principles and approach were described. The selection of BMPs are also
given. Chapter three includes and described about existing system evaluation for
Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak. Chapter Four discuss on the proposed
alternative system for study area. In this chapter further discussion on the design
based on Urban Stormwater Management Manual For Malaysia ( MASMA, 2000).
The conclusion for this study for Taman Damai I & II, Parit Buntar Perak included in
the last chapter.