Objektif tesis ini adalah untuk merekabentuk dan membangunkan sistem penyuap makanan ikan automatik yang boleh memberi makan kepada ikan mengikut masa yang ditetapkan dan juga untuk mengawal paras pH air di dalam akuarium dengan mengekalkan pH antara 6.0 - 6.5. Projek ini melibatkan 3 proses utama: sistem penyuap makanan ikan, penderia pH yang menentukan paras pH dan sistem penambahan pH yang akan mengawal paras pH di dalam akuarium. Penyuap makanan ikan automatik direka untuk mengetepikan makanan ke dalam akuarium pada suatu masa tertentu setiap hari. Tangki guling yang bersambung dengan pengagih dipanggil aci digunakan. Setelah motor berputar, skop akan mengumpul makanan daripada tangki guling dan mengetepikannya ke tepi akuarium. Bahagian kedua adalah penderia pH. Penderia pH akan mengesan paras pH air di dalam akuarium dan kemudiannya menghantar data kepada papan utama Arduino. Keputusan ditunjukkan kepada pengguna dengan menggunakan paparan LCD. Bahagian terakhir adalah sistem penambahan pH. Sistem ini direkabentuk untuk mengekalkan paras pH air dengan cara memasukkan cecair pH tambahan ke dalam akuarium menggunakan dua motor servo. Dengan menerima data daripada penderia, sistem penambahan pH akan hanya beroperasi jika paras pH air adalah di bawah 6 atau lebih tinggi daripada 7. Pemasa digunakan untuk menetapkan masa bagi mengetepikan makanan ke dalam akuarium dan menambah air pH untuk mengimbangi paras pH di dalam akuarium. Sebagai hasilnya, satu sistem pemantauan makanan dan kualiti air berjaya dibina, yang mana aksi kawalannya berlaku pada setiap pagi dan malam.
___________________________________________________________________________________
The objective of this thesis is to design and develop the automatic fish feeder system that can feed the fish according to the set time and also to control the water pH level in aquarium by maintaining the pH within 6.0 to 6.5. This project involves 3 main processes; those are fish feeding system, pH sensor that determine the pH level and the pH adding system that will control the pH level in the aquarium. The automatic fish feeder is designed to dispense food into the aquarium at a particular time each day. Roller tank that is connected to distributor called shaft is used. Once the motor rotate, the scope will collect the food from the roller tank and dispense it into the aquarium. Second part is the pH sensor. The pH sensor will detect the pH level of the water inside aquarium then send data to Arduino main board. Result is shown to user by using LCD display. The last part is pH adding system. This system is designed to maintain the pH water level by applying extra liquid of pH water into aquarium using two servo motors. By receiving the data from the sensor, the pH adding system will only operate if the pH water level is below 6 or higher than 7. The timer is used to set the time to dispense food into aquarium and adding the pH water to balance the pH level inside aquarium. As a result, a feeding and water quality monitoring system has been successfully built, in which, the control action takes place for every morning and night.