Pemprosesan imej merupakan satu bidang yang semakin berkembang dengan meluas selari dengan perkembangan teknologi dalam bidang komputer. Terdapat pelbagai penggunaan bidang pemprosesan imej dalam kehidupan hari ini. Antaranya ialah memperjelaskan imej yang kabur, menambah kesan – kesan tampak pada imej, mengubah saiz imej dan banyak lagi. Teknik pemprosesan imej ini biasanya digunakan dalam bidang yang boleh dianggap penting seperti dalam bidang perubatan yang mana ia lazimnya digunakan untuk membaik pulih imej yang diambil menggunakan sinar-X. Selain itu, kaedah pemprosesan imej juga dapat diimplementasikan dalam bidang yang kaji bumi dan kaji bintang. Projek yang telah dilaksanakan pada kali ini ialah memperjelaskan imej yang kabur dan mengira bilangan acuan (die) yang terdapat di dalamnya. Pelbagai perisian yang dapat mengaplikasikan cara untuk memproses sesuatu imej seperti MATLAB, JAVA, Borland C++ dan banyak lagi. Pada kali ini, perisian yang telah digunakan ialah MATLAB 7.0. Pemilihan ini dilakukan kerana kelebihannya seperti mempunyai menu yang terdapat didalamnya arahan – arahan asas dalam penggunaanya.
_________________________________________________________________________________________
Image processing is a new area in the world. It is develop parallel with developement technology in computer system. Nowadays, there are many area involve in image processing and that make image processing is important part in daily life. For simple example is to recover deblurring image, adding conspicuous effect to the image, adjusting size of the image and many more. Image processing usually has been used in important area such as medical which is used to process X-ray image. X-ray image usually blurred and it need to recover for further process. Image processing also usually important in geology and astronomy. The main objective of this project is to deblurring image and counter the total of dice on wafer. The input image is wafer image which deblurred by space and lense degredation. So, the purpose of this project is to recover the input image and the result should be nearly same with the original image. There are many software can be use to process image like MATLAB, JAVA, Boland C++ and many more. For this project, the software has been choosen is MATLAB 7.0. This is because their advantages like their toolboxes which has basic command in using this software.