Pada masa kini, industry tekstil telah diiktiraf sebagai sumber pencemaran air sisa yang paling penting yang kebanyakkannya berkaitan dengan pewarna yang secara langsung dilepaskan ke dalam takungan air, mengakibatkan pelbagai kesan alam sekitar. Pewarna ini sering dikeluarkan dalam sisa industri, yang membawa kepada masalah pembuangan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, minat penyelidikan yang semakin meningkat dalam penukaran sisa pertanian menjadi karbon teraktif (KT) sebagai penjerap untuk merawat air kumbahan. Tumpuan kajian ini untuk mengkaji prestasi karbon teraktif (KT) daripada kulit jering (KJ) untuk menyingkirkan metilena biru (MB) dengan menggunakan kaedah pengaktifan fizikal yang melibatkan penggasan karbon dioksida (CO2) dan radiasi gelombang mikro. Keadaan optimum untuk menghasilkan karbon teraktif kulit jering (KTKJ) pada 400 W kuasa radiasi dan 4 minit masa pengaktifan digunakanyang memberi keputusan 92.6% penyingkiran pewarna. Luas optimum permukaan KTKJ Bruneaur-Emmet-Teller (BET), liang meso, isipadu liang, kandungan karbon tetap yang tinggi sebanyak 474.03 m2/g, 332.64 m2/g, 0.389 cm3/g, 70.45 %. Liang diameter bagi KTKJ adalah didapati mengikut jenis liang meso pada 4.28 nm. Kesimbangan penjerapan MB ke atas KTKJ mengikuti garis sesuhu Freundlich. Kajian kinetik pada penjerapan ke atas KTKJ diperhatikan pada data ekperiment yang diperolehi mendapati padanan yang lebih baik untuk model kinetik pseudo tertib kedua .Kajian termodinamik menunjukkan nilai bagi ΔHo adalah negatif yang memberi indikasi bahawa penyerapan adalah process eksotermik .
_______________________________________________________________________________________________________
Nowadays, textile industry has been recognized as the most significant source of wastewater pollution mostly related to dyes which directly released into water bodies, resulting in various environmental impacts. These dyes are always released in industrial waste, leading to disposal problem. In the recent years, growing research interest in conversion of agricultural waste into activated carbon (AC) as adsorbent for treating dyes wastewater. The aim of this research is to study the performance of AC derived from jengkol peel (JP) for removal of Methylene Blue (MB) dye by using physical activation which involves carbon dioxide (CO2) gasification and microwave radiation. Optimum conditions for preparation jengkol peel activated carbon (JPAC) were found at 400 W of radiation power and 4 minute activation time which resulted 92.6% MB removal. Optimized JPAC has Bruneaur-Emmet-Teller (BET) surface area, mesopore surface area, pore volume, fixed carbon content of 474.03 m2/g, 332.64 m2/g, 0.389 cm3/g, and 70.45 % respectively. The pore diameter of JPAC was discovered to be mesoporous at 4.28nm. Adsorption equilibrium of MB on JPAC followed Freundlich isotherm. Kinetic studies of adsorption onto JPAC fit by pseudo-second order kinetic models. Thermodynamic study shows the value of ΔHo was negative which gave an indication that the adsorption was exothermic process.