Tasik Harapan merupakan sebuah tasik rekreasi buatan yang terletak bersebelahan
Desasiswa Harapan dan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia dengan keluasan 3156
m2. Memandangkan keadaan tasik yang tercemar dan kualiti air tasik yang kurang
memuaskan serta sering berlaku limpahan apabila hujan lebat, satu kaedah untuk
memulihkan kembali keadaan asal air tasik dijalankan dengan menggunakan alat
pengudaraan Bio Reco. Berikutan itu, satu kajian telah dijalankan ke atas enap cemar
dan mikrobiologi air di Tasik Harapan.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan ciri-ciri fizikal serta kimia enap cemar
seperti kandungan lembapan, graviti tentu, ketumpatan pukal dan kandungan
logamnya serta mengkaji parameter mikrobiologi air. Di samping itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang dilaksanakan dan menilai tahap
pencemaran air di Tasik Harapan.
Secara umumnya, keputusan kajian menunjukkan purata kandungan lembapan enap
cemar ialah 214.21%, purata graviti tentu ialah 2.02 dan purata ketumpatan pukalnya
ialah 1.19 g/cm3. Purata ketebalan lapisan enap cemar pula ialah 0.27 m. Kepekatan
logam ferum di dalam enap cemar menunjukkan purata yang tertinggi diikuti zink dan
kromium menunjukkan purata kepekatan yang paling rendah. Dari segi mikrobiologi
air, didapati terdapat kehadiran koloni bakteria dan ini menjadi petunjuk kepada paras
pencemaran air tasik.
_______________________________________________________________________________________________________
Tasik Harapan is a recreational lake which is situated between Desasiswa Harapan
and Pusat Islam Universiti Sains Malaysia, and has an approximately area of 3156 m2.
Because of polluted lake condition and extremely low water quality, with overflow
phenomenon from the lake when heavy rain, a method has been carried out to retreat
the water quality by using Bio Reco aerator. Further, a study on sludge and water
microbiology has been done at Tasik Harapan.
The objectives of this study are to identify the physical and chemical characteristic of
sludge such as moisture content, specific gravity, bulk density and metal content and
also to identify the parameter of water microbiology. Besides, this study was
undertaken to assess the effectiveness of the method carried out and water pollution
of Tasik Harapan.
Generally, the results from this study indicate that average moisture content of sludge
is 214.21%, the average of specific gravity is 2.02 and the bulk density is 1.19 g/cm3.
The average of sludge thickness is 0.27 m. The concentration of ferum in sludge gives
the highest value following by zinc and the lowest metal concentration is chromium.
From microbiology aspect, an existence of bacteria in water indicates the pollution
level in lake water.