Tujuan projek ini adalah untuk menentukan prestasi enjin turbofan dari segi aspek keadaan persekitaran. Keadaan persekitaran ini umumnya adalah salah satu daripada faktor terbesar dalam penentuan prestasi enjin turbofan kapal terbang. Keadaan ini termasuklah suhu persekitaran, tekanan persekitaran, kelembapan persekitaran, kelajuan udara dan juga altitud penerbangan, dimana semua parameter ini mempengaruhi prestasi enjin. Dengan menggunakan Program Simulasi Turbin Gas (GSP), keadaan ini boleh dijalankan dengan beberapa pembolehubah dan data turbofan yang boleh diketengahkan. Salah satu jenis model enjin turbofan dipilih dan telah dibina dalam perisian GSP dengan berpandukan titik reka bentuk sendiri. Data daripada analisis luar reka bentuk juga telah dianalisis dan akhirnya keseluruhan pretasi turbofan; output tujahan, tujahan penggunaan bahan api tertentu dan kuasa aci turbin dibincangkan bagi setiap keadaan persekitaran. Secara umumnya perubahan keadaan persekitaran mempengaruhi aliran jisim udara yang akhirnya mempengaruhi prestasi enjin turbofan.
______________________________________________________________________________________
The purpose of this project is to determine the performances of turbofan engine with respects to ambient conditions. Ambient conditions generally one of the biggest concern in determination of aircraft turbofan engine performance. These conditions include the ambient temperature, ambient pressure, ambient humidity, airspeed and also the flight altitude, which all of these parameters influenced the performances of turbofan. By using Gas Turbine Simulation Program (GSP), these conditions can be conducted with some variables and turbofan data that can be highlighted. One type of turbofan engine model is selected and been built in GSP software with respect to its own design point. The data from off-design analysis also been analysed and finally the overall turbofan performances; thrust output, thrust specific fuel consumption and shaft power of turbines are discussed for each ambient condition. Generally the changes of ambient conditions influenced the air mass flow which finally influenced the performance of turbofan engine.