(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

The establishment of setback distance for malodour mitigation from palm oil mill / Nurashikin Yaacof

The establishment of setback distance for malodour mitigation from palm oil mill_Nurashikin Yaacof_A9_2017_MYMY
Malaysia merupakan antara pengeluar terbesar minyak kelapa sawit. Semasa proses pengeluaran minyak kelapa sawit dijalankan, ianya akan mengeluarkan banyak efluen kilang minyak sawit yang menyumbang kepada masalah bau. Terdapat pelbagai kaedah dalam menguruskan bau busuk antaranya ialah penapis bio tetapi, kos bagi kaedah ini adalah tinggi dan proses penyelenggaraan yang mahal. Oleh kerana itu, salah satu kaedah yang lebih jimat tetapi berkesan ialah menggunakan kaedah jarak selamat. Kajian ini dijalankan bagi menguji keberkesanan tiga kaedah dalam mewujudkan jarak selamat: 1) pemantauan kawasan lapangan dengan menggunakan Olfaktometer, 2) model CALPUFF dan 3) pengiraan model penyebaran Gaussian. Oleh kerana tiada perbandingan penyelidikan yang telah dibuat dalam menggunakan ketiga-tiga kaedah sekali gus, pada akhir kajian ini perbandingan di antara kaedah-kaedah ini dari segi kesesuaian di Malaysia dan juga keberkesanan kaedah tersebut akan dibandingkan. Keputusan menunjukkan bahawa jarak selamat yang sesuai adalah pada 1.3 km dengan menggunakan pemantauan dalam lapangan, 1.2 km dengan menggunakan CALPUFF dan 0.5 km dengan menggunakan pengiraan model penyebaran Gaussian. Daripada ketiga-tiga kaedah, kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang besar pada nilai kepekatan bau di kawasan sekeliling dengan nilai tertinggi 385 OU m–3 bagi kaedah pemantauan kawasan lapangan, 6.1 OU m–3 bagi model penyebaran dan 81 OU m–3 bagi pengiraan model penyebaran Gaussian. Perbezaan tersebut adalah disebabkan kepelbagaian di dalam cara mengendalikan kaedah-kaedah tersebut dan maklumat yang digunakan. Kajian ini boleh membantu di dalam kawalan bau di sekitar kilang kelapa sawit dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai dan jarak selamat yang sesuai. __________________________________________________________________________________ Malaysia is the largest producer and exporter of palm oil. During the palm oil mill process, it will release an enormous amount of palm oil mill effluent which becomes a major odour problem. There are varieties of methods in managing the malodour such as biofilter, but those methods are expensive and high-maintenance. As the alternative, the setback distance method can be used as this approach is low-cost and effective. This research was carried out to verify the performance of three different setback distance methods: 1) in-field monitoring using Olfactometer, 2) the CALPUFF model and 3) the Gaussian plume model calculation. Since no research has compared the three methods, this study examined the suitability to be used in Malaysia and the effectiveness of the methods. Results show that the proper setback distances were 1.3 km by using in-field monitoring, 1.2 km by using CALPUFF model and 0.5 by using the Gaussian plume model calculation. Research shows that there a huge different in odour concentration value at the surrounding area from those methods with for 385 OU m–3 in-field monitoring, 6.1 OU m–3 for dispersion model and 81 OU m–3 for Gaussian plume model calculation. The differences was cause by the different process in running the method and also the needed data. This research can recommend a proper way to build a setback distance and setback distance value to reduce odour nuisance in the areas around palm oil mills.
Contributor(s):
Nurashikin Yaacof - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008432
Language:
English
Subject Keywords:
enormous; Gaussian; CALPUFF
First presented to the public:
6/1/2017
Original Publication Date:
12/4/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 208
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-12-04 15:31:42.944
Date Last Updated
2020-11-19 16:02:14.198
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
The establishment of setback distance for malodour mitigation from palm oil mill / Nurashikin Yaacof1 2019-12-04 15:31:42.944