Kanser payudara merupakan salah satu penyakit yang paling kerap menyerang gologan wanita. Pengesanan kanser ini boleh dilakukan dengan pelbagai ujian seperti penskrinan mammogram, ultrabunyi, kaedah jarum suntikan dan lain-lain. Namun begitu, untuk mendapatkan data yang tepat daripada imej perubatan seperti imej sel-sel kanser payudara, beberapa kelemahan perlu diatasi terlebih dahulu iaitu pertindihan imej dalam kelompok akan mempengaruhi data yang dikehendaki. Oleh itu, menerusi projek ini satu sistem dibinakan dengan menggunakan perisian Borland C++ Builder yang berfungsi untuk mengesan pinggir imej sel-sel dan memisahkan imej sel-sel yang bertindih. Implimentasi teknik-teknik yang digunakan adalah seperti teknik pengesanan pinggir dan pensegmenan. Berdasarkan keputusan-keputusan yang diperoleh, didapati kebanyakan teknik-teknik yang dicadangkan berjaya mengesankan pinggir dan melakukan pensegmenan.
______________________________________________________________________________________
Breast cancer is one of the common diseases among women nowadays. Some methods to detect or identify breast cancer including pap smear image testing, mammogram and ultrasound screening, Self Breast Checks, fine needle aspiration (FNA) and other. However, some weakness we face must be solved in order to obtain the accurate data from medical image such as image of breast cancer cells that is overlapping of cell image in cluster will affect the data. A system was build by using Borland C++ Builder through this project to detect the edge of cell image and segregate those overlapping cells image. The implementation of techniques like edge detection and segmentation are used. According to results, most of those techniques are successful to detect edge and do segmentation.