Penambahan air aliran yang berpunca dari Sistem Saluran Konvensional boleh
menyebabkan peningkatan aliran ke hilir dan seterusnya meningkatkan risiko berlaku
banjir kilat. Kajian ini memaparkan penggunaan dan keberkesanan Sistem Saliran Bioekologikal
(BIOECODS) yang bertujuan untuk menggunakan kombinasi pemyusupan,
storan penahan, saluran serta perawatan dan melambatkan aliran seperti yang
terkandung di dalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Dengan kata yang lain,
kaedah baru ini merupakan satu kaedah alternative terbaru yang berkesan dalam
pengurusan air larian ribut menggunakan konsep kawalan di punca. Kajian ini “
Pengecilan Aliran Puncak menggunakan Kolam Takungan Kering” telah dilaksanakan
bagi menentukan keberkesanan salah satu komponen BIOECODS iaitu Kolam
Takungan kering dalam mengecilkan aliran puncak. Dalam kajian ini, Keputusan
daripada ujian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan kolam
takungan kering mampu untuk mengecilkan aliran puncak dan seterusnya
mengelakkan risiko banjir kilat. Tempoh pengosongan untuk kedua-dua kolam
takungan kering yang dikaji adalah kurang daripada 24 jam. Ujian Penyusupan dan
Analisis Ayak juga dijalankan untuk membuktikan keberkesanan kolam takungan
kering menyusup secara perlahan dan seterusnya mengecilkan aliran puncak Akhir
sekali, diharap kajian ini dapat memenuhi objektifnya.
_______________________________________________________________________________________________________
The conventional drainage system increases the storm water runoff and produced
larger flow discharge at downstream and causing flash flood. This study shows the
function and the effectiveness of the BIOECODS that use infiltration engineering,
retaining, treatment, and reducing the flow in order to attenuate the peak flow as
suggested in Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). In other words, this new
method is a new development that is very effective in storm water management
using ‘control at source’ method. This study “Peak Attenuation Using Dry Pond”
has been carried out to determine the effectiveness of dry pond, one of
BIOECODS’s components. Dry pond is calculated in terms of its capability to
retain and drain the storm water. From this study it shows that the dry pond
perform very well in retaining storm water runoff before draining into the storm
water systems, therefore avoiding the occurrence of inundation at the downstream
end. The emptying time for Dry Pond C and Dry Pond G is less than 24 hours. The
infiltration and sieve analysis also performed to show the effectiveness of dry pond
to infiltrate slowly to attenuate the peak flow at downstream. Lastly, hopefully this
study may achieve its objectives.