Sejak akhir ini, terdapat banyak kajian mengenai aliran pejalan kaki semasa kecemasan. Hasil daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan bahawa aliran pejalan kaki sangat penting kerana ia berkaitan dengan isu keselamatan. Dinamik kumpulan orang dan tingkah laku manusia secara berkumpulan perlu dianalisa untuk mengkaji pergerakan pejalan kaki ketika kecemasan. Kebanyakan orang cenderung untuk mengikut kelakuan orang lain ketika berlakunya kecemasan. Pengetahuan mengenai dinamik kumpulan orang sangat penting dalam reka bentuk bangunan, supaya mencapai tahap keselamatan yang diinginkan. Keberkesanan pelan pemindahan kumpulan orang semasa kecemasan adalah satu alat penting untuk menentukan tahap keselamatan sebuah bangunan atau kawasan. Faktor utama yang menentukan keberkesanan pemindahan kumpulan orang adalah topologi struktur, faktor persekitaran, faktor prosedur, dan faktor tingkah laku. Projek ini adalah berdasarkan simulasi kumpulan orang di dalam bilik yang tertutup yang menawarkan persekitaran ujian untuk simulasi tingkah laku berkumpulan semasa kecemasan. Model ini dibangunkan dengan menggunakan rangka kerja simulasi, Netlogo yang membenarkan penciptaan cepat prototaip. Melalui model ini, evolusi masa simulasi semasa kecemasan boleh dilakukan. Faktor-faktor yang diambil kira dalam projek ini adalah bilangan orang, keluasan tempat dan juga bilangan pintu keluar. Data dianalisa menggunakan Rekabentuk Eksperimen dan perisian Minitab.
___________________________________________________________________________________
Recently, it has greatly increased interest in studies of pedestrian flow in emergencies. These studies show that the pedestrian flow is important as it attached to security and safety issues. In order to study pedestrian mobility in emergency conditions, it is necessary to analyze the crowd dynamics and collective human behaviour. In these cases, in fact, people adapt its behaviour to that of the other. The knowledge of crowd dynamics is essential to designing a building, so that safety standard is respected. Evacuation plans are an essential tool to define the safety degree of a building or area. The main factors that determine the effectiveness of an evacuation are structured topology, environmental factors, procedural factors, and behavioural factors. This project is the example based on simulation of people in the closed room that offers a test environment for simulating the collective behaviour during an emergency. The model is developed using the agent-based simulation framework, Netlogo that permits the quick creation of prototypes. Through this model, the simulating time evolution during the emergency can be done. There are three factors that varies to collect the data which are the number of agents, the space area and the number of exits. The collected data are analyzed using the design of experiment (DOE) and Minitab software.
.