Computers cannot as easily as human use contextual information and apply interaction and adaptation to the situation. However, with the help of such information, computer systems and applications could be more user-friendly, flexible, and adaptable to its surroundings. With the advent of decreasing prices of mobile devices, the existences of context-aware applications are constantly increasing. An intelligent tour guide that uses context data of its surroundings is an example of context-aware applications. Developed using J2ME, the USM Mobile Guide, an intelligent tour guide provides information to the visitors of USM based on the knowledge of the position and orientation of the user. During the development process of USM Mobile Guide, problems and difficulties with programming such as error exception, datagram network connection and canvas manipulation have surfaced but was overcame in time. Although lacking coverage and functions, the project can be considered as a small leap in the context-aware field.
Komputer tidak secekap manusia dalam berinteraksi dengan persekitaran. Ia tidak memiliki keupayaan untuk berinteraksi dengan baik dengan persekitarannya. Namun, dengan kemudahan-kemudahan maklumat yang sedia ada, sistem-sistem komputer dan aplikasinya boleh menjadi lebih mesra pengguna, fleksibel, dan boleh disesuaikan mengikut keadaan. Dengan penurunan harga alatan elektronik mudah alih, kewujudan aplikasi-aplikasi konteks sedar semakin meningkat. Salah satu daripada aplikasi-aplikasi tersebut adalah sistem panduan pelancongan pintar yang menggunakan maklumat persekitaran sebagai asas pembangunannya. Dibina menggunakan J2ME, USM Mobile Guide adalah satu panduan pelancongan pintar yang memberikan maklumat kepada pelawat-pelawat yang datang ke USM berdasarkan pengetahuan tentang kedudukan dan orientasi mereka. Dalam kertas ini, reka bentuk dan proses pembangunan sistem itu dijelaskan dengan terperinci. Semasa proses pembangunan sistem ini dijalankan, terdapat beberapa masalah dan kesukaran yang timbul berkaitan pengaturcaraan seperti pengecualian kesilapan, rangkaian perhubungan dan manipulasi gambar tetapi kesemua masalah dan kesukaran itu telah dapat diatasi dengan bijaksana. USM Mobile Guide masih kekurangan dari segi fungsi dan kawasan liputan, ianya masih voleh dianggap sebagai satu kemajuan dalam bidang aplikasi konteks sedar.