(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Development of digital imaging technique for mapping concrete crack

Development of digital imaging technique for mapping concrete crack / Nooraishah Abdullah
Skop kajian bagi projek ini merangkumi struktur konkrit yang retak yang terdapat di sekitar Pekan Parit Buntar. Matlamat bagi kajian ini adalah untuk menyelidik teknik Ujian Tanpa Musnah, (NDT) dengan menggunakan imej digital untuk mengukur dan memetakan dimensi keretakan di atas dinding konkrit pada jarak yang sekata di sepanjang retak. Kajian ini juga untuk mengkaji kesesuaian penggunaan teknik GIS dalam kajian keretakan struktur. Keretakan boleh terjadi disebabkan beberapa sebab, antaranya adalah pembebanan berlebihan, hakisan terhadap tetulang atau tindak balas agregat-alkali, pengecutan pengeringan yang berlebihan dan terdedah kepada suhu yang melampau. Kerosakan-kerosakan tersebut boleh memberi kesan terhadap kekuatan konkrit. Pemahaman mengenai evolusi keretakan dalam struktur konkrit disebabkan oleh perubahan semula jadi dalam jangka masa yang panjang adalah penting bagi bidang kejuruteraan awam, manakala pengukuran kuantitatif adalah sukar untuk dilakukan. Walaubagaimanapun, Ujian Tanpa Musnah berkebolehan untuk menentukan kekuatan dan ketahanan pembinaan kritikal tanpa memusnahkan struktur konkrit dan ujian tersebut dapat dijalankan di tapak. Ujian yang dijalankan dijamin tidak akan memusnahkan tanpa pemeriksaan atau kawalan kualiti. IDRISI32 digunakan sebagai kaedah Ujian Tanpa Musnah dalam menentukan keretakan. Perisian dapat menghasilkan profil keretakan dan kedalaman retak. Kajian ini boleh membuktikan modeling GIS boleh membangunkan kemajuan imej keretakan. GIS adalah satu system yang sesuai untuk kajian pilihan tapak. Ini kerana ia adalah sangat efiksien dan boleh mempamirkan informasi mengikut spesifikasi pengguna. _______________________________________________________________________________________________________ The scope of the project covers the crack study on the concrete structure of building around Pekan Parit Buntar. This purpose of this study is to investigate a non-destructive technique (NDT) using digital imaging to measure and map the dimension of concrete wall crack at regular interval along it is length. This project also studies the possibility of using GIS technique in structural crack mapping and analysis. Crack could develop due to many reasons such as overloading, corrosion of reinforcement or alkali–aggregate reaction, excessive drying shrinkage and exposure to extreme temperatures. The damage can be impact the strength of the concrete. An understanding of the evolution of crack in concrete structure due to long term natural deformation is important in civil engineering field, while quantitative measurement can be difficult to make. However, non-destructive testing (NDT) has the ability to determine the strength and durability of critical construction without damaging them and the test can carried be out on – site. Those investigated structure members can be guaranteed to be perfect without any inspection or quality control. GIS based image processing used as NDT method to determine crack. The IDRISI GIS analytical software can carry out crack profile study determining the depth of cracks. The study has pursued that modeling can be developed for crack image study and development. GIS is ideal for engineering site investigation because it is very efficient and can display information according to user defined specifications.
Contributor(s):
Nooraishah Abdullah - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002759
Language:
English
Subject Keywords:
crack; concrete; structure
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
9/11/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 82
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-11 16:33:32.485
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Development of digital imaging technique for mapping concrete crack1 2020-09-11 16:33:32.485