(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Determination of manning's coefficient for modular channel

Determination of mannings coefficient for modular channel / Nurul Juliyana Dinail
Saluran subpermukaan bermodular merupakan sebahagian daripada sistem dwisaliran mesra alam yang terdiri daripada lapisan parit berumput di sebelah atas dan saluran air di bawahnya. Sistem Saliran Bio – Ekologikal (BIOECODS) telah mengaplikasikan konsep ini untuk saluran ekologikalnya yang telah dibina di sekitar Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Kajian dan pembangunan yang berterusan telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) bagi penambahbaikan modul BIOECODS. Kajian makmal telah dijalankan terhadap modul dengan reka bentuk terbaru dan juga modul sedia ada. Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk menentukan pekali Manning n dan juga untuk mengenalpasti keadaan atau corak aliran bagi setiap modul berdasarkan graf kadar aliran. 21 set data kajian yang diperoleh adalah berbeza mengikut kedalaman aliran dan keadaan cerun. Modul – modul tersebut telah diuji di bawah tiga cerun iaitu 1:500, 1:750 dan 1:1000 dengan perbezaan kedalaman yang bermula dari 10 – 40 cm. Kedua-dua modul yang dilabelkan sebagai Modul 1 (reka bentuk sedia ada) dan Modul 2 (reka bentuk baru) telah menunjukkan perbezaan dari segi aliran dan pekali Manning, n. Perbandingan juga dibuat antara Modul 2 yang mempunyai susunan secara bertiga dengan kajian terdahulu yang menggunakan jenis modul yang sama tetapi menggunakan susunan secara tunggal. Modul dengan reka bentuk baharu menunjukkan kadar aliran yang lebih baik daripada modul sedia ada. Pekali Manning n yang diperoleh pada akhir kajian ini akan digunakan untuk kajian yang lebih lanjut pada masa hadapan. Maklumat yang dilaporkan dalam kajian ini merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan kebolehan saluran bermodular untuk berfungsi secara baik dalam sistem saliran subpermukaan. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan sistem saliran mesra alam terutamanya dalam menyelesaikan masalah air larian permukaan semasa aliran puncak. _______________________________________________________________________________________________________ A subsurface modular channel is a part of an environmental friendly dual drainage system comprises of grassed swale on top and a conveyance conduit beneath it. Bio – ecological Drainage System (BIOECODS) has implemented this concept for ecological swales that were built around Engineering Campus, Universiti Sains Malaysia. Constant researches and developments have been carried out by River Engineering and Urban Drainage Research Centre (REDAC) to improve the application of BIOECODS. Laboratory tests on a newly – designed as well as pre – existing module were carried out to determine its Manning’s coefficient and to study the behaviour of the flow for each module through the flow rating curves. 21 sets of experiments were done based on different flow depths and slope conditions. The modules were tested under three different slopes; 1:500, 1:750 and 1:1000 with flow depths varying from 10 – 40 cm. Both of the modules labelled as Module 1 (existing design) and Module 2 (new design) had shown differences in terms of flow and Manning’s n. A comparison has also been made between Module 2 which was a triple arrangement module with previous study that used the same type of module but only had a single arrangement. The newly – designed module was observed to have better flow than Module 1. Manning’s n determined from this study will be used for future design and further study. This research is important for efficiency evaluation of a modular channel to act in subsurface drainage system thus to help in solving surface water runoff problems especially during peak flow.
Contributor(s):
Nurul Juliyana Dinail - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Barcode : 00003106709
Accession Number : 875006832
Language:
English
Subject Keywords:
environmental friendly; drainage system; BIOECODS
First presented to the public:
6/1/2017
Original Publication Date:
3/23/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 66
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-03-23 11:41:10.615
Date Last Updated
2020-06-09 14:36:04.937
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Determination of manning's coefficient for modular channel1 2018-03-23 11:41:10.615