Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk membuktikan anggapan analisa geoteknik yang
berkaitan dengan tekanan sisi tanah menggunakan model fizikal. Model yang digunakan
dalam kajian ini diperbuat daripada perspeks dan juga kayu. Hasil kajian mendapati
bahawa tekanan sisi pasir yang dibebani pada permukaan semakin berkurang dengan
pertambahan kedalaman. Walaupun keputusan ini bertentangan dengan teori tekanan sisi
tanah semasa pegun, namun ia dapat menerangkan teori kesan tekanan akibat pembebanan.
Selepas penambahbaikan dilakukan, taburan tekanan sisi tanah tanpa beban pada
permukaan meningkat dengan pertambahan kedalaman. Selepas beban dikenakan pada
permukaan pasir, kesan tindanan didapati berlaku akibat gabungan taburan tekanan sisi
pasir tanpa beban dengan kesan tekanan akibat pembebanan. Adunan tepung juga
digunakan sebagai bahan ujikaji dan keputusan ujikaji menunjukkan bahawa tekanan sisi
semakin meningkat dengan pertambahan kedalaman. Ujian kegagalan pasif adunan tepung
gandum membuktikan teori Rankine. Ujikaji yang melibatkan tanah laterit sukar
dilaksanakan.
_______________________________________________________________________________________________________
The purpose of this research is to verify certain geotechnical assumptions for associated
with lateral earth pressures using physical modeling. The model used of this study is made
of wood and Perspex. The static test with loading on top of sand decrease with depth which
is in contradiction with the theory. This result however can be explained by considering the
stress bulb theory where pressure due to loading generally reduces with depth. After some
improvement, the pressure distribution for sand without extra loading on top show a result
of lateral earth pressure which increase with depth. Furthermore, by adding a load on top
of the sand, a superimposed effect was observed which is the stress bulb distribution plus
the normal static lateral pressure distribution. A dough of wheat flour was also used as the
material and the result shows a pressure distribution increase with depth and partially
verifies the passive Rankine pressure. Test involving laterite material were too difficult to
conduct.