Tanah laterit telah diuji untuk kesesuaiannya sebagai bahan pembinaan dengan
menggunakan pelbagai darjah pemadatan dan ianya diuji dengan menggunakan
Kaedah Proba MacKintosh, Nibah Galas California (CBR) dan Piezocone. Tiga
darjah Pemadatan telah diaplikasikan dalam ujikaji ini. Keputusan ujikaji
menunjukkan tanah laterit akan menjadi bahan yang lebih baik dari segi kekuatannya
apabila diberi tenaga pemadatan yang makin meningkat. Keputusan ujikaji juga
menunjukkan bahawa kekuatan maksimum yang diukur menggunakan pelbagai
kaedah ini telah memberi kandungan kelembapan optimum yang berbeza. Dengan
menggunakan Pemadatan Proctor Piawai, Kandungan kelembapannya paling hampir
dengan keputusan yang diperolehi dari ujian CBR. Manakala, dengan menggunakan
pemadatan proctor pertengahan dan proctor berat, kandungan kelembapan
optimumnya menghampiri dengan keputusan yang diperolehi daripada daya geseran
melalui Ujian Piezocone. Ujian menunjukkan sekurang – kurangnya keputusan yang
diperolehi daripada Kaedah CBR menunjukkan kandungan kelembapan yang hampir
dengan ujian Proctor Piawai.
_______________________________________________________________________________________________________
A laterite soil is examined for its suitability as a construction material by
varying the compaction energy and testing its corresponding strenghts in the
compacted state using MacKintosh Probe, California Bearing Method (CBR), and
Piezocone Methods. Three compaction energy levels are utilised. The results show
that the laterite soil constitutes a better material in term of its strength when given an
increase amount of compaction energy. The results also show that the maximum
strengths as measured using the varying methods gives different optimum moisture
contents. By using the standard proctor compaction, its optimum moisture content is
the most similar to the one obtain from CBR method. By using the intermediate and
modified proctor compactions, their optimum moisture content is very similar to the
one obtained from the skin friction of the Piezocone Test. The experiment had
suggested that the CBR method at least is showing identical optimum moisture
content as the proctor, thus its suitablility for strength measurement as much as
proctor can give.