Secara amnya, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan taburan
kepelbagaian kandungan nutrien tanah dan nilai pH di dalam kawasan tanah rata beriklim
tropika dengan menggunakan kaedah statistik biasa dan geostatistik. Sampel tanah telah
diambil dari 50 tempat yang berbeza di kawasan Universiti Sains Malaysia, Kampus
Kejuruteraan, Nibong Tebal, Malaysia. Proses pengambilan sampel telah dijalankan
secara sistematik dengan menggunakan teknologi Sistem Penentuan Global (GPS) untuk
menentukan titik lokasi pengambilan sampel tanah. Analisis semivariogram dilakukan
terhadap maklumat sifat kandungan nutrien dengan menggunakan perisisin GS+ untuk
mengkaji hubungkait antara set-set data. Hasil analisis menunjukkan bahawa kandungan
nutrien kalium (K), fosforus (P) dan nitrat mempunyai kadar bergantungan yang
sederhana antara satu sama lain manakala nilai pH mempunyai kadar bergantungan yang
tinggi dengan jarak keseluruhan diantara 0.18 km hingga 0.41 km. Perisian SURFER
digunakan untuk menghasilkan peta taburan mengikut kaedah kriging dan hasilnya
membuktikan terdapatnya kadar kepelbagaian taburan kandungan nutrien dan nilai pH
tanah yang signifikan di dalam kawasan kajian.
_______________________________________________________________________________________________________
The general objective of this study is to examine the spatial variability of soil nutrients
and pH in a flat region under subtropical climate using statistical and geostatistical
methods. The soil samples were taken from 50 points in the Universiti Sains Malaysia,
Engineering Campus, Nibong Tebal, Penang, Malaysia. Collection of the soil data were
conducted by systematic sampling and the Global Positioning System (GPS) was used to
determine the sample site locations. Semivariogram analysis was performed for the
spatial soil nutrients to examine the autocorrelation among the data set using GS+
software. The results showed that the soil nutrients potassium (K), phosphorus (P) and
nitrate have moderate spatial dependence, while there was a strong spatial dependence for
pH with available lag distance of 0.18 km to 0.41 km. The SURFER software used to
produce kriged maps for the spatial distribution and the results indicated the existing of
significant spatial variability of the soil nutrients in the study area.