Projek ini bertujuan untuk mengkaji kesan suapbalik pecutan dan
kamilan laju terhadap sambutan fana sistem kawalan laju motor tertutup
secara kuantitatif apabila ia dibebankan. Pada mulanya, kelajuan disuap
balik untuk membentuk konfigurasi sistem kawalan laju motor tertutup
yang paling asas. Seterusnya pecutan dan kamilan laju disuapbalik untuk
mengkaji kesan terhadap sambutan fana. Akibat daripada kekurangwi ipembeza
analog yang diketahui, satu meter pecutan berdigit direkabentukkan
raenggunakan sistem pemikroproses. Meter pecutan berdigit diwujudkan
dengan menggunakan satu algoritma yang mengirakan kadar perubahan sampel
kelajuan. Kelajuan dihasilkan oleh satu meter tako berdigit yang mengira
kelajuan dengan menggunakan satu algoritma. Sudut di antara dua lubang
pada cakera berputar dibahagikan dengan masa yang dibilang apabila dua
lubang ini dikesan. Strategi sampukan digunakan dalam mengisyaratkan
sistem pemikroproses untuk memasukkan data—data dari dua pembilang masa
untuk mengira kelajuan dan pecutan. Strategi sampukan digunakan sebab
kawalain adalah pada masa-nyata dan cip 0259 digunakan untuk mengurangkan
<
perisian dan merabolehkan sist(tm pemikroproses diperuntukkan untuk kerja
pemprosesan. Keputusan diperolehi dengan memerhatikan keluaran kelajuan
yang disuapbalik dengan OSK (boleh simpan gelombang). Keputusan belum
diperolehi Jilid 1 disertasi disampaikan. Keputusan dan cadangan per—
kembangan akan dipersembahkan dalam Jilid 2.
kesan suapbalik pecutan dankamilan laju terhadap sambutan fana sistem kawalan laju motor tertutup
secara kuantitatif apabila ia dibebankan; meter pecutan berdigit direkabentukkan menggunakan sistem pemikroproses; OSK (boleh simpan gelombang)