(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Penyatuan penderia untuk panduan robotic/Haffiz Johar

Penyatuan penderia untuk panduan robotik_Haffiz Johar_E3_2006_NI
Penggabungan penderia seperti deria sentuh dan penglihatan untuk robot industri adalah bertujuan untuk memacu dan mengawal pergerakkan koordinasi robot secara automasi dan meningkatkan kebolehpercayaan robot serta kecekapan robot dalam melakukan kerja. Tujuan utama projek ini adalah membina suatu sistem penderiaan yang melibatkan deria sentuhan dan penglihatan pada robot dalam memacu dan mengawal pergerakkan kordinasi robot manipulator. Dalam projek ini, robot-mikro industrial Mitsubishi Movemaster model RV-M1 digunakan bagi mengesan dan mengangkat telur tanpa memecahkan telur tersebut. Ini dapat dilakukan dengan memasang sistem penderiaan penglihatan dan sistem penderiaan sentuhan pada pencengkam atau gripper robot. Sistem penglihatan menggunakan penderia seperti kamera dipasang pada robot dan berfungsi sebagai mata kepada robot. Dengan ini kordinasi kedudukan dan maklumat-maklumat barang kerja dapat ditentukan melalui pemprosesan imej menggunakan perisian yang tertentu dan data yang dikumpul kemudian tukarkan kepada maklumat yang sesuai untuk digunakan bagi menggerakkan robot dan mengangkat barangkerja. Manakala fungsi penderia sentuhan adalah bertujuan mengawal cengkaman pada pencengkam supaya barang kerja yang lembut atau mudah pecah tidak rosak ketika proses pencengkaman terutama barangkerja seperti telur. Pencengkam perlu direkabentuk secara terperinci agar dapat mencengkam telur dengan baik tanpa memecahkan telur tersebut. Penggunaan penderia sentuhan yang sesuai juga perlu diambil kira. Komunikasi antara robot dan komputer perlu diambil berat kerana ia merupakan perkara yang paling asas dalam menggerakkan robot secara automatik melalui komunikasi sesiri perantaramuka RS 232C. Aturcara ditulis bagi menggerakkan robot ini dan kemudian arahan dihantar kepada robot melalui perantaramuka RS 232C.
Contributor(s):
Haffiz Johar - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
sensor fusion; robot gripper; touching sensing
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
3/18/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 72
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-03-18 12:53:15.505
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Penyatuan penderia untuk panduan robotic/Haffiz Johar1 2019-03-18 12:53:15.505