Pengurangan bahan api fosil dan kesan negative bahan api fosil kepada persekitaran menyebabkan penyelidikan terhadap penghasilan biodiesel sebagai penngganti mendapat lebih banyak perhatian. Kini, penyelidikan tentang penghasilan biodiesel daripada minyak yang tidak boleh dimakan untuk menggantikan minyak yang boleh dimakan sebagai bahan mentah menjadi semakain popular. Tetapi, minyak yang tidak boelh dimakan biasanya mengandungi jumlah asid bebas dan kelembapan yang tinggi. Dengan itu, mangkin hidrotalsit (HT) didwifungsikan dengan asid-bes dipilih untuk mengaji disebabkan kebolehan untuk menjalankan tindak balak transesterifikasi dan pengesteran secara serentak tanpa menjalankan tindak balas saponifikasi. Mangkin HT telah disintesiskan melalui kaedah pembakaran yang memerlukan masa yang lebih pendek. Dua parameter penting untuk mensintesiskan mangkin HT berasaskan MgAl iaitu auhu pengkalsinan (550oC-750oC) dan nisbah Mg/Al (2:1, 3:1) telah dikaji. Morfologi permukaan, penghabluran, pencirian struktur dan kekuatan asid bagi HT telah dikaji menggunakan beberapa teknik pencirian. Kesan parameter semasa HT sintesis terhadap pencirian HT dan prestasi pemangkinan untuk penghasilan biodiesel telah Berjaya dikaji. HT berasaskan MgAl yang dikalsin pada 650oC dan disediakan dengan nisbah Mg/Al 3:1 menunjukkan hasil biodiesel yang tertinggi (kira-kira 68.75 %) selepas menjalankan tindak balas transesterifikasi dari minyak masak campuran canola dengan bunga matahari yang segar dengan menggunakan cara konvensional, iaitu pengacauan mekanikal.
_______________________________________________________________________________________________________
Due to fossil fuels depletion and its negative impacts towards environment, research on biodiesel production as substitute is gaining more attention. Currently, biodiesel production from non-edible oil is gaining popularity to replace edible oil as feedstocks. However, non-edible oil normally contains high amount of free fatty acid (FFA) and moisture. Thus, acid-base bifunctionalized hydrotalcite (HT) catalyst is choose to study in current paper because simultaneous transesterification and esterification reaction can be carry out without undergoing saponification. HT catalysts were synthesized using combustion method which required much shorter preparation time. Two important parameters to synthesize MgAl based HT i.e. calcination temperature (550oC–750oC) and MgAl ratio (2:1, 3:1) were particularly investigated. The surface morphology, crystallinity, structural and acid strength of the synthesized HT were studied by several characterization techniques. The effect of synthesis parameter on HTs’ characteristics and catalytic performance on biodiesel production were successfully studied. The MgAl based HT catalyst prepared by calcination temperature of 650oC and Mg/Al ratio of 3:1 achieved highest FAME yield (about 68.75%) after 5 hours transesterification reaction using conventional mechanical stirring method from fresh mixed canola-sunflower cooking oil.