Satu pekembangan di dalam kajian nanopartikel telah membolehkan pengangkutan dadah ke bahagian-bahagian sasaran di dalam tubuh manusia yang lebih berkesan. Kemajuan yang dicapai dalam bio-keserasian nanopartikel silika telah mempertingkatkan prestasi partikel-partikel ini sebagai sistem penghantaran dadah (DDS). Kejayan ini turut disumbang oleh kemajuan dalam pengawalan dan pengoptimuman SiNP dari segi saiz dan bentuk yang turut membantu mengatasi batas SiNP sebagai DDS. Beberapa parameter telah dikenalpasti memberi kesan terhadap saiz SiNP seperti suhu, jumlah butanol yang di gunakan dan kadar pengacauan. Apabila suhu di tingkatkan, saiz SiNP juga akan meningkat. Perkara yang sama juga terjadi apabila jumlah butanol yang digunakan semakin meningkat. Peningkatan kadar pengacauan akan menyebabkan pengurangan saiz SiNP kerana peningkatan kadar pengacauan akan mnyebabkan zarah-zarah berkumpul dan menghasilkan zarah bersaiz kecil.
_______________________________________________________________________________________________________
In the recent decades, a significant development in the nanoparticles studies has allowed more effective carriage of drug to specific target point. The advancements in the biocompatibility of the silica nanoparticles (SiNP) have improved these particles performance as a drug-delivery system (DDS). This achievement had also been contributed by the improvement in the control and optimization of the size and the shapes of SiNP that help in surpassing the limit of SiNP in DDS. Few synthesis parameters have been identified to have effect on the size of SiNP such as the temperature, amount of alcohol used and also the stirring rate used. When the synthesis temperature is increase, the size of the SiNP will also increase significantly. Same scenario happen when the amount of butanol used is increase. The increment of the stirring rate will give reversed effect on the size of SiNP since it causes the particles to aggregate and produce particles with small size distribution.