Pelbagai usaha dilaksanakan bagi menghasilkan air yang berkualiti tinggi dan terjamin
dari aspek keselamatan, kelestarian alam sekitar dan ekonomi dengan membekalkan air
yang dirawat kepada pengguna melalui kaedah Penapisan tebing sungai. Antara aspek
yang diambil kira termasuk sifat geologi tanah . Hal ini amat penting kerana sifat
geologi tanah adalah berbeza diantara satu kawasan yang lain. Sampel tanah yang
diambil dari tebing sungai diuji dan keputusan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai
jenis tanah iaitu terdiri daripada tanah liat tidak organik, tanah liat berpasir dan juga
tanah pasir berkualiti rendah. Selain itu, bahan cemar juga mempengaruhi peratusan
dalam penyingkiran bahan cemar berdasarkan tanah alluvium untuk sistem penapisan
tebing sungai. Tanah yang di uji melalui kaedah saiz butiran, had atterberg, hidrometer
dan spesifik graviti. Berdasarkan keputusan ujikaji D10,D30 dan D60 ialah diantara 0.12-
0.36, 0.3-0.60 dan 0.55-0.91. Ujian kajian kumpulan (batch study) dilaksanakan untuk
memperolehi peratusan penyingkiran bahan cemar. Ujikaji dilakukan dengan
menyediakan sampel tanah kurang saiz 0.425mm merupakan media pertama dan
perbandingan diantara sampel tanah yang lebih saiz 0.425mm merupakan media
kedua. Selepas itu, di goncang dengan kelajuan 110 pusingan per minit dalam tempoh
24 jam dengan sampel air. Hasil daripada ujikaji, julat diantara 5% hingga 25%
peratusan bagi sampel tanah yang kurang 0.425mm menunjukkan penyingkiran tinggi
dari segi kekeruhan, warna, ferum dan mangan sebanyak 40%-90%, 60%-78%, 10%-
75% dan 30%-80%. Manakala dari segi E.coli bagi sampel tanah yang lebih 0.425mm
menunjukkan penyingkiran tertinggi sebanyak 100%. Selain itu, pekali korelasi (R2)
untuk Langmuir adalah sekitar 0.7814.Konklusinya, kaedah penapisan tebing sungai
amat sesuai untuk meningkatkan penghasilan air minuman seterusnya meningkatkan
kualiti air minuman untuk kegunaan pengguna.
_______________________________________________________________________________________________________
Various efforts perform to produce water that is high quality and guaranteed in terms of
safety, conservation, environment, economy and also from production aspect water
treated for users through filtration method river bank (Riverbank filtration). Therefore,
many aspects taken into consideration. For example land geology, nature of practice
practical works under laboratory to get detailed data on alluvium soil property. This
case is very important because land geology, nature is different with each area others.
Soil samples taken from river bank tested and results show that there are various
alluvium soil types, such as clay inorganic, sandy clay and too low quality land sand.
Among soil characteristics that in test is through grain size, atterberg limit, hydrometer
and specific gravity. Ranged D10, D30 and D60 is between 0.12-0.36, 0.3-0.60 and 0.55-
0.9. At the same time, test through batch study. This experiment carried out by
providing mixture water samples and soil sample less than size 0.425mm as first media
and compared between soil sample which more than 0.425mm as second media. Both
media types were agitated with speed 110 rotation per minutes for 24 hour period with
raw water. Result of experiment, measure 5% to 25% percentages for first media show
high in removal of turbidity, removal, colour, iron and manganese is as much as 40%-
90%, 60%- 78%, 10%-75% and 30%-80%. Meanwhile, in terms of E. coli for second
media show highest removal around 100%. From result indicated that the correlation
coefficient (R2) for the Langmuir isotherm is around 0.7814. As a conclusion, riverbank
filtration it very suitable to increase production of drinking water at the same time
improve quality of drinking water for consumers.