Keadeh olahan fizikal menggunakan media zeolit dan karbon teraktif dalam menyingkirkan amminia dan logam berat (ferum dan zink) dari larut lesapan semiaerobik tapak
Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenal dan menguji suatu kaedah fizikal
kimia yang efektif dan berpotensi diaplikasikan secara komersial untuk penyingkiran
unsur logam berat dan ammonia. Sampel yang digunakan adalah larut lesapan yang
diambil daripada kolam semi aerobik di Tapak Pelupusan Pulau Burung. Masa
penggoncangan, pengenapan, kelajuan penggetar perminit (rpm) dan campuran media
yang optimum ditentukan dahulu melalui ujian kelompok. Ujian penjerapan isoterma
serta ujian kinetik penjerapan juga dilakukan dalam penyelidikan ini. Keputusan
mendapati bahawa masa penggoncangan dan pengenapan yang optimum adalah 2
jam, kelajuan penggetar yang optimum adalah 350 pusingan perminit manakala
campuran media yang optimum adalah 30ml zeolit dan 10ml karbon teraktif. Kajian
yang dijalankan ini berjaya membuktikan kemampuan gabungan dua media iaitu
zeolit dan karbon teraktif dengan penyingkiran 94.1% untuk logam ferum, 95.6%
untuk logam zink dan 69% untuk ammonia pada nisbah isipadu media yang optimum.
Nilai isoterma penjerapan Freundlich, 1/n dan Kf untuk ferum ialah 0.6238 dan
0.2098. Untuk zink, nilai 1/n dan Kf ialah 0.7008 and 0.1228 manakala nilai 1/n dan
Kf untuk ammonia adalah 1.2641 dan 0.0455. Ujian penjerapan kinetik menunjukkan
bahawa penjerapan yang berlaku adalah menurut kinetik tertib kedua di mana nilai R2
untuk ammonia, ferum dan zink adalah masing-masing 0.9520, 0.9957 dan 0.9956
iaitu nilai yang paling menghampiri nilai 1. Persamaan peraturan kinetik kedua untuk
ammonia, ferum dan zink adalah t/qt = 0.0041+0.3236t, t/qt = 0.0084 + 0.2594 t
dan t/qt = 0.0012+0.0439t Hasil kajian membuktikan potensi gabungan di antara karbon teraktif dan zeolit untuk
digunakan dalam menyingkirkan logam berat dan ammonia dari larut lesapan.
Teknologi ini juga berpotensi untuk dikomersialkan untuk jenis air sisa yang lain.
_______________________________________________________________________________________________________
The main objective of this research is to study and to develop an effective physicochemical
treatment system for removing heavy metals and ammonia from semi
aerobic landfill leachate in Pulau Burung which is potential to be commercialize. The
main process is to remove heavy metals and ammoniacal nitrogen by using two kind
of media, i.e., activated carbon and zeolite. Batch studies were conducted to
determine the shaking and settling times, shaking speed and the optimum mixture of
zeolite and limestone. Adsorption isotherm and the associated kinetics order were
also determined. Results showed that the optimum shaking and settling times were 2
hours, respectively. The optimum shaking speed was 350 rpm and the optimum
mixture between zeolite and activated carbon was 30 mL of zeolite and 10 mL of
activated carbon. The results proved that the mixed media can removed 94.1 % of
iron, 95.6 % of zink and 69 % of ammoniacal nitrogen. Freundlich’s isotherm study
gave the 1/n and Kf values for iron as 0.6238 and 0.2098 respectively, 0.7008 and
0.1228, respectively for zinc and 1.2641 and 0.0455 respectively for ammonia.
Adsorption kinetics experiment showed that it followed the pseudo second order
chemical adsorption with R2 values for ammonia, iron and zinc were 0.9520, 0.9957
and 0.9956, respectively. The second order kinetic equation for ammonia, iron and
zinc as t/qt = 0.0041+0.3236t, t/qt = 0.0084 + 0.2594 t and t/qt = 0.0012+0.0439t.
The study proved the potential usage of a mixed media (activated carbon and zeolit)
in removing heavy metals and ammonia in landfill leachate. This technology is also
potential to be commercialize for other wastewaters.
Keadeh olahan fizikal menggunakan media zeolit dan karbon teraktif dalam menyingkirkan amminia dan logam berat (ferum dan zink) dari larut lesapan semiaerobik tapak