Manusia melalui sistem penglihatan yang kompleks dapat menghasilkan beberapa maklumat berkaitan hubungan kedalaman dan kedudukan antara elemen-elemen yang berbeza pada sesuatu imej. Ini dilakukan dengan menggabungkan imej pada mata kiri dan kanan dan seterusnya menghasilkan imej-imej tiga dimensi secara automatik. Selain itu, manusia juga dapat mengetahui beberapa maklumat penting berkaitan sesuatu imej seperti perubahan saiz elemen yang serupa, garisan-garisan yang hilang, bayang-bayang dan perubahan keamatan tekstur. Operasi penglihatan manusia ini seterusnya telah menjadi asas dalam penghasilan beberapa teknik pengukuran jarak seperti sistem penglihatan binokular atau sistem penglihatan stereo. Jika dua imej dari suatu objek yang sama dihasilkan (imej stereo), perhubungan jarak atau kedalaman di antara titik yang berbeza pada permukaan imej dapat diketahui dengan membandingkan kedua-dua imej tersebut. Pengukuran jarak menggunakan imej stereo ini memerlukan dua operasi yang berasingan. Pertama, sepasang titik pada kedua-dua imej perlu ditentukan merujuk kepada titik yang serupa pada objek yang hendak diukur. Ini akan memberikan nilai ketidaksamaan atau disparity diantara pasangan titik tersebut. Kemudian, jarak atau kedudukan titik tersebut pada objek ditentukan melalui kaedah segi tiga. Maka dengan operasi tersebut, satu algoritma pengukuran bagi imej stereo dapat dihasilkan dan seterusnya memberikan nilai ukuran yang dikehendaki. Hasilnya, sistem pengukuran ini dapat mengukur dengan baik jarak diantara 0.4m hingga 1.2m dengan menggunakan kaedah penglihatan stereo.
______________________________________________________________________________________
Human with complex vision system can extract information about depth and positional relationship between different elements of an image. It can be done automatically by combining the image from left eye and right eye, then forming a three dimensional images. Moreover, human also can extract useful information from images such as the changing size of familiar elements, vanishing lines, shadows and the changing intensity of textures. The operation of human vision became the basic technique on designing a number of range detection techniques such as binocular vision system or stereo vision system. If two images from the same object are formed (stereo images), the relative range or depths of the different points from the image plane can be extracted by comparing the two images. Range detection using stereo images requires two operations. Firstly, the point pairs in the two images are determined which is correspond to the same points at the object that been measured. It will give the disparity value of the point pair. Then, the range or location of the point on the object are determined using triangular techniques. So, using that operations, the algorithm for measuring of stereo images can be made and give the measured value needed. Finally, this measurement system can measured in good condition for the distance range from 0.4m to 1.2m using the stereo vision system.
i