Galas magnetik aktif (AMB) meggunakan elektromagnet untuk menyokong
komponen mesin. Galas magnetik aktif menjadi amat popular dalam komuniti penyelidkan
sejak beberapa tahun yang lepas. Cirinya yang tak-lelurus dan tidak stabil dalam situasi
litar buka memberikan satu cabaran untuk merekabentuk pengawalnya. Tesis ini
menitikberatkan kepada kawalan termaju bagi galas magnetik aktif. Simulasi akan
dijalankan dengan menggunakan perisian MATLAB untuk menentukan sistem kawalan
yang terbaik bagi AMB. Dalam tesis ini, pengawal perkadaran-pengkamiran-pembezaan
(PID) dan kawalan ramalan model (MPC) akan dilaksanakan. Model bagi galas magnetik
aktif dibangunkan dan diaplikasikan kepada pengawal ramalan model yang terdapat dalam
kotak alat MATLAB MPC. Dalam keadaan yang sama, model tersebut turut diaplikasikan
ke pengawal PID dengan menggunakan perisian SIMULINK dalam MATLAB. Sambutan
sambutan keluaran daripada kedua-dua sistem pengawal ini akan dibandingkan untuk
menentukan pengawal yang paling sesuai bagi sistem galas magnetik aktif. Berdasarkan
hasil simulasi, pengawal MPC mempamerkan prestasi yang lebih baik berbanding
pengawal PID apabila digunakan kepada model sistem galas magnetik.
_______________________________________________________________________________________________________
Active magnetic bearings (AMBs) employ electromagnets to support machine
components. Magnetic bearing systems became very popular in the research community for
the past few years. It inherent nonlinearity and open-loop instability present challenges for
controller design. This thesis is concern about the advanced control of the active magnetic
bearings. Simulations will be run using MATLAB to determine the best control system for
AMBs. In this thesis, proportional–integral–derivative (PID) controller and model
predictive control (MPC) will be implemented. A model of the active magnetic bearing
system has been developed and applied to Model Predictive Controller in MATLAB‟s
MPC toolbox. On the same note, the model is also applied to PID Controller using
SIMULINK in MATLAB. The output responses are put into a side by side comparison to
determine which controller is more suitable for the AMB system. Based on simulation
result, the MPC controller performs better performance as compared to PID controller
when employed to the magnetic bearing system model.