Projek yang dicadangkan ini bertujuan meningkatkan kualiti kuasa dengan membatalkan harmonik arus dan harmonik voltan di talian penghantaran yang disebabkan oleh beban tidak linear. Maka sebuah penuras harmonik aktif sambungan siri selari telah direkabentuk. Penuras harmonik aktif yang direkabentuk menggunakan aplikasi penyongsang tiga fasa dengan kawalan pensuisan pemodulatan lebar denyut bersinus atau SPWM. Penyongsang tiga fasa ini menukarkan voltan masukan dc kepada voltan keluaran ac. Keluaran tersebut kemudiannya disuntik ke talian penghantaran dan seterusnya membatalkan harmonik yang wujud. Penyelakuan litar dijalankan menggunakan perisian PSpice OrCAD 9.1. Keputusannya, didapati jumlah herotan harmonik arus (THDi) dan jumlah herotan harmonik voltan (THDv) berjaya dikurangkan. Di akhir projek, prototaip litar penuras harmonik aktif telah dibangunkan. Walau bagaimanapun, litar yang dibina hanya mampu beroperasi pada voltan dan arus yang rendah.
______________________________________________________________________________________
The purpose of this project is to increase the power quality by cancelling out the current harmonic and voltage harmonic in transmission line which produced by non-linear loads. As a sequence, a series and shunt active harmonic filter is designed using two three phase inverters with sinusoidal pulsed-width modulation or SPWM switching-controlled. The three phase inverters function by changing the dc input voltage to a symmetric ac output voltage. Then, the output is injected to the line to cancel out the existing harmonic.The simulation is run using PSpice OrCAD 9.1 and the result showed the total harmonic distortion of current (THDi) and voltage (THDv) are succesfully decreased. At the end of the project, the prototype of active harmonic filter is developed. However, the prototype only capable to operate at low voltage and low current.