(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Development of machine vision course module based on line scan camera

Development of machine vision course module based on line scan camera / Teo Kae Hoong
Industri penglihatan mesin sedang membangun dengan cepat dalam era ini. Jadi, pengetahuan mengenai bidang ini adalah sangat penting bagi jurutera dan penyelidik untuk meningkatkan lagi teknologi ini. Walaubagaimanapun, masalah sekarang ialah mahasiswa tidak cenderung untuk memilih penglihatan mesin sebagai subjek untuk dipelajari. Oleh sebab itu, kamera imbasan garis telah diperkenalkan dan diberi tujuan untuk menyediakan satu platform bagi mahasiswa untuk meneroka dan membangunkan pengetahuan mengenai penglihatan mesin. Aspirasi projek ini adalah untuk memberi hala tuju untuk mahasiswa supaya mereka dapat mempelajari subjek ini dengan kaedah yang sangat berkesan di mana mereka diajar menggunakan pelbagai corak pembelajaran. Penemuan berkenaan dengan kaedah pengajaran dari atas ke bawah dan bawah ke atas bergabung dengan pembelajaran induktif dan deduktif bercampur dengan baik untuk membina pengetahuan subjek. Latihan mengenai pelaksanaan perkakasan dan perisian penglihatan mesin telah direka dalam bentuk modul makmal dalam projek ini. Latihan ini bertujuan untuk melengkapkan dan meningkatkan kemahiran praktikal mahasiswa. Lima situasi berkaitan dengan penglihatan mesin telah diberi keterangan untuk memastikan pengetahuan asas tentang keadaan pencahayaan, kelajuan tali penghantar, kadar perolehan kamera, parameter perisian dan faktor balas disampaikan kepada mahasiswa dengan jelas. Modul makmal ini telah diberikan kepada 16 responden untuk dinilai dengan kaedah yang praktikal. Maklum balas telah diberi oleh responden untuk menambahbaikan modul ini. Seterusnya, satu aplikasi sistem kamera imbasan baris telah direkakan untuk memeriksa kuantiti coklat M&M’s dalam satu paket. Sistem ini memberikan keputusan yang menyakinkan dengan mengira jumlah coklat dalam satu paket dengan betul. Dengan peningkatan modul kursus ini, pelajar akan dimanfaatkan jika mereka menjalani kursus ini. Oleh itu, mereka dapat membina masa depan yang lebih baik dalam industri penglihatan mesin. _______________________________________________________________________________________________________ The machine vision industry is blooming in this era. Therefore, knowledge about this field is very important for engineers and researchers in order to further enhance this technology. However, the problem currently is that undergraduates do not tend to choose machine vision as a learning subject. Therefore, line scan camera is introduced and aimed to provide a platform for undergraduates to explore and develop the knowledge about machine vision. The aspiration of this project is to provide a pathway for undergraduates to learn machine vision in a very effective method where they were taught by using different learning patterns. Findings about top-down and bottom-up teaching methods collaborate with inductive and deductive learning blend together well to perform the best in building up knowledge of that subject. Exercises about hardware and software implementation are developed in the form of laboratory module in this project. The exercises aim to equip undergraduates to improve their practical skills. Five situations related to machine vision are testified to ensure that the basic knowledge of lighting conditions, conveyor belt speed, line image acquisition rate, software parameters and responding factors are delivered to the undergraduates clearly. Laboratory modules were given to 16 respondents to be assessed in a practical way. The feedbacks were given by the respondents to improve this module. Next, an application of a line scan camera system was designed to check the quantity of M&M’s chocolate in one packet. The system delivers a promising result by counting the amount of chocolates in a packet correctly. With the improvement of this course module, the undergraduates will be benefited if they undergo the course. Hence, they can build a better future in the machine vision industry.
Contributor(s):
Teo Kae Hoong - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875007976
Language:
English
Subject Keywords:
machine; vision; industry
First presented to the public:
6/1/2015
Original Publication Date:
3/20/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 117
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-03-20 16:46:02.077
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Development of machine vision course module based on line scan camera1 2019-03-20 16:46:02.077