(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Minimizing the unrelated cost on construction site a case study in penang

Minimizing the unrelated cost on construction site a case study in penang / Muhamat Naufal Saruji
Industri pembinaan merupakan salah satu sektor industri yang paling penting di setiap negara. Aktiviti yang menyebabkan wujud lebihan bahan binaan ialah aktiviti pembinaan dan perobohan kemudian ditinggalkan tidak kira sama ada diproses atau dalam simpanan. Pengurusan sisa bahan binaan yang tidak sistematik boleh mendatangkan masalah kepada persekitaran, kesihatan dan keselamatan kepada pekerja binaan dan orang awam secara amnya. Oleh itu, objektif bagi kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang lazim atau boleh didapati di tapak bina, mengenalpasti jenis sisa bahan binaan yang tidak perlu ada di tapak bina, punca berlakunya pembaziran di tapak bina dan kaedah yang sering dipraktikkan oleh kontraktor untuk meminimakan sisa bahan binaan. Responden adalah terdiri daripada wakil-wakil kontraktor gred G6 dan G7 yang terlibat dengan projek pembinaan bangunan di sekitar Pulau Penang iaitu seperti pengurus projek, jurutera tapak, penyelia tapak dan jurutera awam. Sebanyak 110 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak dan hanya 40 yang boleh digunapakai untuk tujuan analisis. Perisian SPSS 20.0 dan Microsoft Excel 2010 digunakan untuk analisis data manakala kaedah analisis pula menggunakan min skor dan Relative Important Index (RII). Jenis bahan binaan yang menjadi penyumbang utama kepada kenaikan peratusan sisa bahan binaan di tapak pembinaan adalah kayu dan konkrit. Punca pembaziran paling utama adalah kekerapan dalam mengurus bahan pembinaan, tetapi secara keseluruhannya faktor utama membawa kepada pembaziran adalah berpunca daripada faktor pekerja. Kaedah paling utama bagi meminimakan sisa bahan binaan di tapak bina yang kerap diaplikasikan oleh pihak kontraktor adalah komunikasi yang baik dengan klien. Komunikasi yang baik dapat mengelakkan perubahan pada reka bentuk ketika fasa pembinaan. Penemuan ini akan membantu dalam mengenalpasti faktor yang utama dan kaedah yang efektif dalam menangani masalah pengurusan sisa bahan binaan di Malaysia dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti pembinaan di negara ini. _______________________________________________________________________________________________________ The construction industry is one of the most important industrial sectors in every country. Activities that cause more material construction are the construction and demolition of the activity then released regardless of whether it is processed or stored. Non-systematic waste management waste management can bring environmental, health and safety problems to construction workers and the public in general. Therefore, the objective of this study is to identify the types of construction materials that are common or available at the site of construction, identify the types of waste materials that do not have to be at the site of construction, the source of wastage at the construction site and the methods often practiced by contractors to minimize residue of building materials. Respondents are comprised of representatives of Grade G6 and G7 contractors who are involved with building construction projects around Penang that are project managers, site engineers, supervisors and civil engineers. A total of 110 questionnaires have been distributed randomly and only 40 can be used for analysis purposes. SPSS 23.0 and Microsoft Excel 2010 is used for analysis data while analysis methods use min score and Relative Important Index (RII). The type of building materials that contributed to the increase in the percentage of building material materials on construction sites was wood and concrete. The main source of wastage is the frequency in managing the construction of materials, but overall the main factor leading to wastage is due to factor workers. The most important method to minimize the waste of building materials at a built-up site often contracted by a contractor is good communication with clients. Good communication can prevent changes to the design during phase construction. These findings will assist in identifying key factors and effective methods in addressing the problems of building material management in Malaysia and indirectly improving the quality of construction in this country.
Contributor(s):
Muhamat Naufal Saruji - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008298
Language:
English
Subject Keywords:
construction; material; waste
First presented to the public:
6/1/2019
Original Publication Date:
9/24/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 116
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-09-24 15:21:54.087
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Minimizing the unrelated cost on construction site a case study in penang1 2019-09-24 15:21:54.087