(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Utilization of silterra’s 0.13μm technology in developing / Chieng Wee Kai

Utilization of silterra’s 0.13μm technology in developing_Chieng Wee Kai_E3_2007_NI_875000092
Dalam projek ini, perpustakaan sel piawai telah dibangunkan. Sebuah perpustakaan sel piawai yang lengkap mengandungi pelbagai jenis sel-sel piawai termasuk sel-sel bergabungan, sel-sel berjujukan, sel-sel tiga keadaan, sel-sel berkuasa rendah dan sel-sel lain yang kompleks. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui proses merekabentuk perpustakaan sel piawai, menghasilkan sel-sel piawai yang selaras dengan kehendak rekabentuk, mengurangkan masa rekabentuk bagi projek lain dengan menghasilkan sel-sel piawai yang biasa digunakan, dan menperoleh matlumat berguna mengenai ciri-ciri sel-sel piawai yang dibangunkan. Ciri-ciri yang perlu ada pada perpustakaan sel piawai ialah pencirian sel yang lengkap, senang dikemaskini, dan patuh kepada peraturan rekabentuk proses. Perisian-perisian yang digunakan dalam projek tahun terakhir ini termasuk Cadence, Synopsys, and Mentor Graphics. Alatan-alatan lain yang digunakan ialah 0.13μm kotak rekabentuk proses dan 0.18μm perpustakaan sel piawai yang disediakan oleh Silterra. Proses merekabentuk perpustakaan sel piawai boleh dikategorikan kepada dua fasa. Fasa pertama dikenali sebagai rekabentuk hapadan yang mengandungi rekabentuk litar skema dan bentangan bagi sel piawai. Rekabentuk ini adalah menggunakan Silterra 0.13μm technologi kuprum. Fasa seterusnya dinamakan sebagai proses belakang dan mengandungi aktiviti mencirikan, menyusun dan mengesahkan ciri-ciri sel-sel piawai. Proses pencirian sel-sel piawai melibatkan penggunaan model lewat CMOS umum dan model lewat jadual periksa. Ciri-ciri bagi sel piawai yang dibangunkan dibandingkan dengan sel piawai sedia ada yang berteknologi 0.18μm. Sel piawai penyongsang yang dibangunkan mencapai pengurangan dalam penggunaan kawasan silicon iaitu sebanyak 3.6700μm2 jika berbanding dengan 6.6528μm2 yang merupakan saiz bagi 0.18μm penyongsang. Dari segi perbandingan masa, 0.13μm penyongsang juga memaparkan lengahan masa dari logik satu ke logik kosong yang lebih kecil iaitu sebanyak 0.0160716ns jika dibandingkan dengan 0.0177171ns yang dipunyai oleh 0.18μm penyongsang. Selain itu, 0.13μm penyongsang juga menggunakan tenaga dalaman yang kurang jika dibandingkan dengan 0.18μm penyongsang. Kesusahan yang dialami semasa menjalankan kajian juga dibincangkan dalam laporan ini. Kesimpulannya, perpustakaan sel piawai yang dibangunkan masih terdapat banyak aspek lain-lain yang boleh diperbaiki lagi.
Contributor(s):
Chieng Wee Kai - Author
Identifiers:
Accession Number : 875000092
Language:
English
Subject Keywords:
cell library; Process Design Kit; Mentor Graphics.
First presented to the public:
3/1/2007
Original Publication Date:
9/7/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 97
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-09-07 16:32:57.882
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Utilization of silterra’s 0.13μm technology in developing / Chieng Wee Kai1 2018-09-07 16:32:57.882