Kajian kes yang dibuat berdasarkan kepada Empangan Sungai Kinta yang
terletak di Sungai Kinta, Perak. Empangan ini menggunakan kaedah konkrit
tergelek mampat (RCC). Kajian kes ini juga fokus kepada konsep rekabentuk untuk
konkrit tergelek mampat (RCC) bagi Empangan Sungai Kinta. Kajian dibuat untuk
menilai kebaikan penggunaan konkrit tergelek mampat dari segi kos, tempoh
pembinaan, bahan-bahan yang digunakan dan pemilihan lokasi. Risiko kepada
Empangan Sungai Kinta terhadap kesan persekitaran turut dibuat. Kajian literatur
dan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Analisa menunjukkan bahawa
Empangan Sungai Kinta memberi kebaikan dari segi keberkesanan kos, lokasi yang
sesuai, ekonomi dan memberi kesan yang rendah kepada persekitaran. Namun
begitu, hakisan tanah merupakan masalah utama kepada Empangan Sungai Kinta.
_______________________________________________________________________________________________________
This case study is based on Sungai Kinta Dam and situated in Kinta, Perak.
This dam was designed using the Roller-Compacted Concrete (RCC) method. This
case study is focused on Roller-Compacted Concrete design concept of Sungai Kinta
Dam (SKD). The study was done to evaluate the advantages of using Roller-
Compacted Concrete with respect to the cost, the time of construction, the materials
and the selected location. The risk of Sungai Kinta Dam project to environmental
impact was also done. The literature review and questionnaire were used to get data
for Sungai Kinta Dam project. The analysis shows that the SKD give advantages
due to cost effectiveness, short in time of construction, quality in materials, suitable
to the location, economic and low impact to environment. But the major threat to
Sungai Kinta Dam is soil erosion.