Penganalisa frequensi adalah sebuah program yang berasaskan perisian yang mampu untuk memproses isyarat masukan dan mengubah isyarat masukan tersebut dari domain masa kepada domain frekuensi. Selain itu, ia juga mampu untuk mengukur komponen frekuensi isyarat masukan. Di dalam projek ini, penganalisa frekuensi ini berfungsi dalam julat frekuensi diantara 3 kHz sehingga 30 kHz iaitu Frekuensi Sangat Rendah (VLF). Perisian utama yang digunakan untuk membuat penganalisa frekuensi program yang berasaskan perisian ini adalah MATLAB. MATLAB adalah sebuah pengaturcara program tahap tinggi dan persekitarannya menarik. Ia juga menyediakan fungsi dan aplikasi untuk menjana, mengukur, mengubah, menapis dan menggambarkan isyarat. Salah satu applikasi yang terdapat di dalam MATLAB adalah Graphical User Interface Design Environment (GUIDE). Ia adalah cara standard untuk menghasilkan GUI di dalam Matlab. Dengan menggunakan GUIDE di dalam projek ini, ia membolehkan saya membuat sebuah program yang berasaskan GUI yang mampu untuk membantu pengguna untuk menggunakan penganalisa frekuensi ini dengan mudah. Untuk membuat program ini, beberapa teori matematik yang berkaitan dengan program ini harus dipelajari dan dikaji terlebih dahulu. Salah satu teori penting yang berkaitan untuk membuat program penganalisa frekuensi ini adalah Fast Fourier Transform (FFT). Berdasarkan teori ini, penganalisa frekuensi mampu menganalisa isyarat masukan dan memaparkan plot frekuensi isyarat masukan. Apabila plot frekuensi isyarat masukan berjaya dipaparkan, kita boleh melakukan analisis matematik dan membandingkannya untuk mengesahkan program ini. Keputusannya boleh diterima jika nilai pada plot frekuensi isyarat masukan sama atau hampir sama dengan nilai teori. Apabila perbandingan keputusan telah disahkan, maka projek ini boleh dianggap sebagai berjaya dibuat. Disamping itu, projek ini boleh dimajukan pada masa akan datang, supaya ramai yang dari bidang berkaitan boleh menggunakan penganalisa frekuensi ini.
_______________________________________________________________________________________________________
Frequency analyser is a software based programme that able to process the input signal and convert the input signal from the time domain to frequency domain. Other than that, it is also able to measure the frequency component of the input signal. In this project, this frequency analyser works in the range of frequency between 3 kHz until 30 kHz which are Very Low Frequency (VLF). The main software that uses to create this frequency analyser software based programme is MATLAB. MATLAB is a high level language and interactive environment. It is also provides functions and apps to generate, measure, transform, filter, and visualize signals. One of the apps that have in the MATLAB is Graphical User Interface Design Environment (GUIDE). It is the standard way of creating GUIs in MATLAB. By using GUIDE in this project, it allows me to make a GUI based program that can help the user to use this frequency analyser easily. To make this programme, some mathematical theories that related with this programme had been studied. One of the important theories that relate to develop this frequency analyser program is Fast Fourier Transform (FFT). Based on this mathematical theory, the frequency analyser able to analyse the input signal and display the frequency plot of the input signal. When the frequency plot of the input signal has been displayed, we can do the mathematical analysis and compared to validate it. The results can be accepted when the value on the frequency plot of the input signal are same or almost same with the theoretical value. When the comparison results is proven, so this project has been successfully built. Besides that, this project can been improve in the future, so that many people in the related field can be use this frequency analyser.