(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Development of of dm demodulator using fpga /Teoh Wai Keong

Development of of dm demodulator using fpga_Teoh Wai Keong_E3_2011_875003921_00003089477_NI
Pemultipleksan Pembahagian Frekuensi Ortogon (OFDM) ialah teknik penghantaran pembawa berbilang di mana pembawa-pembawa yang ortogon, bertindihan dan berjalur sempit ditransmisikan secara selari. Para sub pembawa diasingkan daripada lebar jalur yang tersedia. Perwatakan sub pembawa yang berortogon membolehkan transmisi yang lebih efisyen berbanding dengan FDM kerana pembawa-pembawa ini tidak mengganggu antara satu sama lain. Sistem OFDM memerlukan aritmetik yang rumit seperti Fast Fourier Transform dan kaedah pembetulan ralat Reed-Solomon. FPGA dipilih untuk melaksanakan projek ini disebabkan keupayaaan FPGA diatur cara secara “on-site”. Salah satu unsur yang paling genting dalam satu sistem komunikasi adalah keselamatannya, FPGA sesuai dalam aplikasi sedemikian kerana FPGA mampu menyesuaikan algoritma baru jika algoritma kini telah ketinggalan. Projek ini menumpukan pada isu-isu FFT dalam model penyahmodulasi Quartus II OFDM dan mengintegrasikan satu penyahmodulasi OFDM secara menyeluruh. Dalam tahun lepas, penyahmodulasi OFDM telah direka bentuk tetapi blok FFT dalam penyahmodulasi ini gagal berfungsi seperti yang dijangkakan. Tahun ini, usaha diberi untuk menyelesaikan isu ini dan menyepadukan penyahmodulasi OFDM secara menyeluruh. Projek ini telah dilaksanakan dan hampir disiapkan untuk diaplikasikan dalam FPGA. Namun demikian, data yang dibina semula memberi keluaran yang tidak konsisten disebabkan oleh masalah penyahkod Reed-Solomon. Penyahmodulasi ini mampu memproseskan isyarat yang diterima seperti yang dijangkakan kecuali bahagian yang terakhir, iaitu penyahkod Reed-Solomon. Bagaimanapun, dengan keputusan simulasi yang jelas dan penerangan dalam laporan ini, diharapkan dapat membantu meningkatkan projek ini dalam masa yang akan datang agar sistem ini akan berjaya direka bentuk. ________________________________________________________________________________________ Orthogonal Frequency Division Multiplexing (OFDM) is a multi-carrier transmission technique where large number of orthogonal, overlapping, narrow band sub-carriers, transmitted in parallel. The subcarriers are divided from available transmission bandwidth. Orthogonal characteristic of the sub-carriers make the transmission more efficient than FDM because these carriers do not interfere with each other. OFDM system requires complex arithmetic such as Fast Fourier Transform and Reed-Solomon error correction method. FPGA is selected to implement this project due to its capability to program “on-site”. Security of a communication system is the most crucial element, FPGA suits best in such application as it is able to adapt new algorithm if the existing one is out dated. This project is aim to focus on the issues of FFT issue in Quartus II OFDM demodulator model and integrate a complete OFDM demodulator. In previous year, OFDM demodulator had been designed but the FFT block has fail to function as expected. This year the effort put on solving this issue and integrating a complete OFDM demodulator. This project has been carried out and it is almost completed to be implemented in FPGA. However, due to Reed-Solomon decoder problem, the reconstructed data give inconsistent output. The demodulator is able to process the received signal as expected except the last part which is the Reed-Solomon decoder. Nevertheless, it is hope that with vivid simulation results and explanation in this report, it could help in future enhancement to make this system a success.
Contributor(s):
Teoh, Wai Keong - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875003921
Language:
English
Subject Keywords:
Orthogonal Frequency Division Multiplexing (OFDM); demodulator; Reed-Solomon
First presented to the public:
4/1/2011
Original Publication Date:
6/1/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 130
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-05-25 11:34:48.889
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Development of of dm demodulator using fpga /Teoh Wai Keong1 2018-05-25 11:34:48.889