Proses kejadian hakisan tanah adalah sangat bergantung kepada tenaga kinetik
hujan. Tenaga kinetik ini ada amat berkait rapat dengan keamatan hujan, amaun hujan dan
saiz titisan hujan yang terbentuk. Tenaga kinetik hujan adalah merupakan salah satu factor
utama yang yang berpotensi menyebabkan pemisahan tanah daripada permukaannya.
Korelasi antara antara tenaga kinetik hujan dengan amaun hujan adalah tinggi. Oleh itu,
satu anggaran yang boleh dipercayai dan mudah boleh dilakukan ke atas tenaga kinetik
hujan daripada amaun hujan. Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan satu percubaan
untuk menilai tenaga kinetik hujan serta agihannya ke atas seluruh kawasan Seberang Perai.
Sebuah peta risiko hakisan tanah akibat daripada tenaga kinetik hujan telah dihasilkan
untuk kawasan Seberang Perai. Data yang diperlukan dalam kajian ialah rekod hujan di
kawasan Seberang Perai yang berlokasi di 8 stesen hujan. Kajian ini merupakan suatu
pemahaman tentang potensi hujan yang mengakibatkan hakisan hujan. Oleh itu, keputusan
yang diperoleh daripada kajian ini bukan sahaja dapat digunakan sebagai maklumat untuk
merekabentuk kerja pemulihan malahan juga dapat meminimumkan risiko hakisan.
_______________________________________________________________________________________________________
Soil erosion is highly dependent on rainfall energy which in turn is related to
rainfall intensity, rainfall amount, drop size and its distribution. The kinetic energy of
rainfall is a major factor initiating soil detachment. The kinetic energy of rainfall and
amount of rainfall are highly correlated and the relationship allows a reliable and
convenient estimate of the energy load of rainfall from the amount of rainfall. This study
attempts to evaluate kinetic energy loads of rainfall and their distribution over the Seberang
Perai area in Malaysia. An erosivity map was developed for Seberang Perai area from the
daily rainfall of at 8 rainfall stations. This study provided an understanding of the erosive
potential of rainfall over Seberang Perai area. The results of the study will contribute in
designing conservation works and minimizing erosion risks.