(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Physical-chemical removal of ammonia, iron and zinc from semi-aerobic landfill leachate by zeolite and limestone

Physical-chemical removal of ammonia, iron and zinc from semi-aerobic landfill leachate by zeolite and limestone / Lee Ngan Siew
Penyelidikan ini mengkaji penyingkiran ammonia, ferum dan zink dengan menggunakan zeolite dan batu kapur sebagai bahan penjerap. Sorotan literatur menunjukkan bahawa zeolite dan batu kapur mampu menyingkirkan kation logam berat melalui ujian kelompok. Untuk itu ujian kelompok telah dijalankan untuk menilai keberkesanan penyingkiran ammonia, ferum dan zink dalam larut lesapan yang diambil dari Tapak Pelupusan Pulau Burung. Masa kocakan dan enapan, kelajuan kocakan serta campuran optimum di antara zeolite dan batu kapur ditentukan terlebih dahulu. Keputusan mendapati bahawa masa pengoncangan dan pengenapan yang diperolehi ialah 1 jam. Kelajuan pengoncangan optimum adalah 350 rpm, manakala campuran optimum adalah 15 mL untuk zeolite dan 25 mL untuk batu kapur. Percampuran batu kapur bersama zeolite dapat mengurangkan kos olahan. Penjerapan isoterma pada campuran optimum diperolehi dengan menggunakan model penjerapan Freundlich dan Langmuir. Nilai 1/n dan Kf untuk ferum ialah 0.5845 dan 0.00062. Untuk zink pula, nilai 1/n dan Kf ialah 1.4131 and 0.1683. Masa bulus untuk ferum dan zink masing-masing ialah 4.28 dan 4344.33 hari pada kadar alir 460m3/hari dan isipadu column. Ujian jerapan kinetik menunjukkan bahawa jerapan yang berlaku adalah kinetik tertib kedua di mana nilai R2 untuk ammonia, ferum dan zink masing-masing ialah 0.9726, 0.9991 dan 0.9958. _______________________________________________________________________________________________________ This study investigates the removal of ammonia, iron and zinc using zeolite and limestone as adsorbents. Literature review indicated that zeolite and limestone are capable of removing heavy metal cations through batch process. Therefore, batch experiments were carried out in this research to determine the efficiency removal of ammonia, iron and zinc in leachate taken from Pulau Burung Landfill Site. Shaking and settling times, shaking speed, the optimum mixture of zeolite and limestone were pre-determinated, respectively. Result show that the shaking and settling times were 1 hour, respectively. The optimum shaking speed was 350 rpm and the optimum mixture between zeolite and limestone was 15 mL of zeolite and 25 mL of limestone. Mixing the limestone with zeolite could reduce the cost of treatment. Adsorption isotherm at the optimum mixture was determined using Freundlich and Langmuir principle. The value of 1/n and Kf for iron was 0.5845 and 0.00062, respectively and was 1.4131 and 0.1683, respectively for zinc. The breakthrough time for iron and zinc was 4.28 and 4344.33 days, respectively at flow rate 460m3/day and 4.5 m3 column volume. Adsorption kinetics determination showed that it followed the pseudo second order chemical adsorption of R2 values for ammonia, iron and zinc was 0.9726, 0.9991 and 0.9958, respectively.
Contributor(s):
Lee Ngan Siew - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875007983
Language:
English
Subject Keywords:
removal; ammonia; zeolite
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
9/18/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 105
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-18 17:11:55.297
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Physical-chemical removal of ammonia, iron and zinc from semi-aerobic landfill leachate by zeolite and limestone1 2020-09-18 17:11:55.297