(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Automated racking system for factory inventory management prototype

Automated racking system for factory inventory management prototype / Mohd Ashraf Muhaidin
Jabatan pengurusan inventori gudang memainkan penting untuk mengangkut dan menhantar inventori dari satu kilang ke kilang yang lain, dari gudang ke pasar serta kepada jabatan-jabatan yang lain. Satu kaedah yang sistematik dan cekap dalam pengurusan gudang ini amatlah penting agar produk yang disimpan dan dihantar dapat dilakasanakan dengan betul dan cekap. Walau bagaimanapun, jabatan pengurusan inventori ini sendiri menghadapi kesukaran untuk mengekalkan operasi menyimpan dan mengeluaran barangan semula dari simpanan disebabkan kebergantugan terhadap tenaga manusia semata-mata. Kebanyakan barangan yang disimpan di dalam gudang adalah bersaiz besar dan berat. Dalam kaedah konvensional, satu kumpulan pekerja diperlukan untuk mengendalikan dan menguruskan barangan di dalam gudang tersebut. Selain itu, barangan yang terdapat di dalam gudang jugak selalunya bersaiz besar dan berat yang mana ia boleh mendatangkan bahaya kepada para pekerja itu sendiri jika barangan tesebut tidak dikendalikan dengan berhati-hati dan betul. Kesalahan tersalah tempat dalam menyimpan barangan di dalam gudang adalah masalah yang sering kali berlaku di kilang disebabkan oleh kecuaian manusia. Hal ini boleh menyebabkan kesukaran kepada pihak pengurusan untuk mengesan kembali sesuatu barangan tersebut terutama sekali apabila barada di dalam gudang yang besar. Penggunaan sistem penyimpanan dan pengambilan semula secara automatik (ASRS) akan meminimumkan dan mengurangkan kesilapan dalam sistem pengurusan gudang. ASRS adalah sistem automatik yang mengautomasikan penyimpanan dan pengeluaran semula barangan gudang di mana operator perlu memasukkan lokasi sel simpanan di mana barang tersebut disimpan dengan hanya menggunakan alat kawalan sahaja. Penyelesaian automasi seperti ini sudah tentu akan memudahkan para pekerja dan keselamatan para pekerja juga akan lebih terjamin dengan adanya mesin yang menjalankan proses pengangkutan barangan berat. Oleh yang demikina, para pekerja dapat memberikan tumpuan mereka kepada tugas yang lebih penting yang mana memerlukan tindakan yang lebih tepat dan kritikal. Dengan adanya teknologi ini juga, kos buruh dapat dikurangkan untuk jangka masa yang panjang dan ia juga meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran keseluruhan yang mana penyimpanan dan pengeluaran semula barangan ini dapat dilaksanakan secara automatik. _______________________________________________________________________________________________________ Warehouse inventory management department play an important to transport and deliver inventories from one factory to another, from warehouse to market or to others department. A systematic and efficient method of managing this warehouse is compulsory so that the products are stored and delivered correctly and efficiently. However, the respective management department faces difficulty to maintain the storing and retrieving operation by purely men power. Most of the warehouse items are large in size. In the conventional method, a group of man workers are required to manhandle the warehouse items. Moreover, heavy items are not durable and may inflict hazards to the fellow workers if improperly handled. Misplacing of the warehouse item to be stored is the common problem occurring in the factory due to human error. This will cause a difficulty to track back the material especially in large warehouse. The use of an automated storage and retrieval system (ASRS) will minimize and reduce the error in warehouse management system. ASRS is an automated system which automates the storing and retrieving of the warehouse items whereby the human operator only needs to key-in the location of the storage cell which contains the item using a human-machine interface. Such automation solution will certainly add the convenience to the fellow workers giving them the sense of assured safety as now the machine does the heavy lifting job. The fellow workers can focus on a more important task which require critical decision making. It reduces the labour cost in the long term and it improves the whole production efficiency since the storing and retrieving are automated.
Contributor(s):
Mohd Ashraf Muhaidin - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Barcode : 00003107117
Accession Number : 875007237
Language:
English
Subject Keywords:
inventory management department; warehouse; inflict hazards
First presented to the public:
6/1/2017
Original Publication Date:
4/16/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 97
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-04-16 16:15:11.808
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Automated racking system for factory inventory management prototype1 2018-04-16 16:15:11.808