Campuran Konkrit Berkekuatan Tinggi (HSC) dihasilkan menggunakan abu sekam
padi (RHA) sebagai bahan ganti simen pada tahap penggantian daripada 5%, 10%, 15%
dan 20%. Tahap penggantian RHA memberi kesan kepada kebolehkerjaan, kekuatan
mampatan dan pembentukan kekuatan HSC yang dikaji. RHA mengandungi 95%
kandungan silika. Ianya dihasilkan dengan membakar sekam padi pada suhu 600C
selama 4 jam. Sebanyak 150 sampel konkrit telah disediakan dan diuji pada usia 1, 3, 7,
28, 56 dan 84 hari. Untuk mengkaji kesan penggunaan RHA ke atas sifat-sifat konkrit,
Ujian Penurunan, Meja Aliran, Kekuatan Mampatan, Kebolehtelapan, Keliangan dan
Halaju Denyut Ultrasonik sampel dijalankan. Keputusan daripada ujikaji menunjukkan
penambahan RHA cenderung untuk mengurangkan aliran walaupun nilai penurunan
tidak dipengaruhi. Kekuatan mampatan konkrit pada usia awal berkurangan tetapi
kekuatan untuk jangka panjang akan meningkat. Konkrit yang mengandungi 10% RHA
menunjukkan kekuatan yang paling tinggi pada usia 84 hari. Bagi keliangan dan
kebolehtelapan konkrit yang mengandungi RHA pula berkurang berbanding dengan
sampel kawalan dari umur 3 hingga 84 hari. Kesan penggunaan RHA juga telah
meningkatkan nilai halaju denyut ultrasonik (UPV) untuk konkrit berbanding dengan
sampel kawalan. Oleh itu, RHA yang dihasilkan berpotensi digunakan sebagai bahan
tambah mineral untuk meningkatkan ciri-ciri dan prestasi konkrit.
_______________________________________________________________________________________________________
High Strength Concrete (HSC) mixes were produced using Rice Husk Ash (RHA) as a
partial cement replacement material at replacement levels from 5%, 10%, 15% and
20%. The effects of RHA addition on workability, compressive strength and strength
development of HSC have been studied. RHA has about 95% silica content. It was
produced by burning (calcinations) rice husk at temperature of 600 C for 4 hours. A
total of 150 test specimens were prepared and tested at the ages of 1, 3 7, 28, 56 and 84
days. In order to study the effects of RHA inclusion, Slump, Flow Table, Compressive
Strength, Permeability, Porosity and Ultrasonic Pulse Velocity tests have been
performed. Test results indicate that the inclusion of RHA tends to reduce the flow,
although the slump values were not affected. Early age compressive strength was
reduced, but long term strength was increased. The concrete containing 10% RHA
exhibited the highest 84 days strength. In addition, the porosity and permeability of
concrete containing RHA is lower than the control from the age of 3 to 84 days. The
effect of RHA seems to increase the UPV of concrete compared to the control.
Therefore, the RHA produced could be potentially used as a mineral admixture, to
improve the properties and performance of concrete.