Projek ini mencadangkan sebuah model dinamik yang digunakan untuk mensimulasikan gerakan bola ping pong di udara. Persamaan pembezaan yang mentadbir gerakan projektil yang berputar pada paksi sembarangan telah dibentangkan. Persamaan-persamaan tersebut diselesaikan sebagai fungsi masa untuk mensimulasikan projektil dengan perisian Matlab dan Simulink. Selain itu, sebuah algoritma pemprosesan imej yang digunakan untuk mengesan gerakan bola ping pong dalam udara daripada video kelajuan tinggi telah diperkenalkan dalam projek ini. Kedudukan bola yang berturutan digunakan untuk mengukur dinamik yang terlibat dalam projektil seperti ketinggian maksimum, sudut ketinggian awal dan halaju awal. Akhirnya, keputusan simulasi dan keputusan pemprosesan imej dibandingkan dan dibincangkan dalam projek ini. Pembezaan kedudukan akhir dalam gerakan projektil antara keputusan simulasi dan keputusan pemprosesan imej ialah di dalam 0.0002 m sehingga 0.0699 m. Pembezaan kelajuaan akhir dalam gerakan projektil antara keputusan simulasi dan keputusan pemprosesan imej ialah di dalam 0.0048 ms-1 sehingga 0.7749 ms-1.
_______________________________________________________________________________________________________
This project proposed a dynamic model used to simulate the trajectory of moving table tennis ball in air. Differential equations which govern the motion of a projectile rotating about an arbitrary axis are discussed. These equations are solved as functions of time in order to simulate the trajectory of projectile using Matlab and Simulink. Then, an image processing algorithm used to track the trajectory of the moving table tennis ball in air from high speed video is presented in this project. Successive ball positions are used to measure the dynamics involved in the projectile such as maximum height, initial elevation angle and initial velocity. Finally, the simulation results and the image processing results are compared and discussed in this project. The errors of final position of the projectile motion between the image processing results and simulation results are within 0.0002 m to 0.0699 m. The errors of final velocity of the projectile motion between image processing results and simulation results are within 0.0048 ms-1 to 0.7749 ms-1.