Dalam menuju era teknologi yang serba canggih ini, teknologi rekabentuk merupakan salah satu aset yang penting dalam meningkat taraf teknologi negara. Oleh itu, projek merekabentuk litar pengawal kelajuan motor induksi satu fasa menggunakan FPGA ini adalah salah satu teknologi rekabentuk baru. Motor merupakan satu perkakas yang penting dalam usaha meningkatkan industri pembuatan dan pengeluaran. Dengan adanya rekabentuk litar ini, tugas- tugas manusia dalam melakukan kerja- kerja pengelolaan mesin dalam industri dalam diselenggarakan dengan mudah. Litar pengawal kelajuan ini menggunakan kaedah pemodulatan lebar denyut (PWM). Terdapat pelbagai kaedah bagi menghasilkan PWM ini. Salah satu daripada kaedah tersebut ialah dengan menggunakan FPGA. Projek ini bertujuan untuk merekabentuk isyarat pemodulatan lebar denyut yang akan mengawal kelajuan motor aruhan arus ulang alik menggunakan perisian xilinx.
_________________________________________________________________________________________
Nowadays, design technology is being one of the most important asset in order to increase the technology standard in our country. So that, designing induction motor control speed circuit using FPGA is one of the new design method. Motor is one of the most important devices we used today in industry with this circuit design, it will help us to handle all those machine in industry. This speed control circuit is using PWM( Pulse Width Modulation ) method. There are many ways to produce PWM. One of them is by using FPGA. This project is developed to design PWM signal that will control the speed of the ac induction motor by using xilinx.