Kajian yang telah dijalankan ini bertujuan untuk merekabentuk suatu proses rawatan
air larian ribut ke atas konsep Tatacara Pengurusan Terbaik (Best Management
Practices, BMP) dengan bantuan penggunaan Teknologi Perhubungan dan
Maklumat (ICT). Penemuan dua kaedah yang berbeza ini iaitu penggunaan Manual
Saliran Mesra Alam (MSMA) dan ICT berupaya menghasilkan suatu kaedah yang
berkesan untuk menghasilkan kualiti air larian yang hampir sama dengan air larian
yang belum tercemar.
Kajian yang dijalankan ini dihadkan kepada kawasan yang kurang daripada 80 hektar
iaitu meliputi kawasan di tapak (on-site) dan kawasan komuniti (community) sahaja.
Proses dan kaedah rawatan yang digunakan dalam kajian ini menitik beratkan hal-hal
keselamatan dan masalah pencemaran yang berlaku.
Pada masa kini, penilaian dari segi kualiti air larian lebih ditekankan jika
dibandingkan dengan kuantitinya yang bakal diketengahkan oleh pihak berkuasa
menjelang tahun 2005 (Abustan I, 2001). Oleh itu, kualiti air larian lebih diutamakan
dalam setiap kaedah rawatan proses penyingkiran ini. Tiga menu utama yang bakal
diketengahkan dalam kajian ini merupakan gabungan proses yang berupaya mencapai
matlamat penyingkiran bahan cemar yang maksimum dan efisien.
_______________________________________________________________________________________________________
This research was done with the aim to design a stormwater runoff treatment process
with the aid of Information and Communication Technology (ICT) application. The
review is to study the Best Management Practices (BMP) system for stormwater
management. The two different method, which are the application of the Urban
Stormwater Management Manual for Malaysia (MSMA) and ICT are capable of
inventing an effective method to produce runoff water with the quality almost the
same as with unpolluted runoff.
The research was conducted limited only to areas with less than 80 acres which
covers on-site areas and community areas. The process and treatment method applied
in this research emphasize on safety issue and pollution problems that usually occurs.
Recently, evaluation in terms of runoff water quality are more emphasized compared
to the quantity which are to be brought out by the authority in 2005 (Abustan. I,
2001). Hence, the runoff water quality are more emphasized in every removal
method. The three main menus which will be presented in this research is a
recombined process capable of achieving the objective to remove the pollutants
effectively and with a maximum result.